Tuesday, November 26, 2013

Selamat Bulan November =P

Hai semua, lamanya aku tak hapdet blog ni…berabuk sudaaaa….Almaklumlah, sejak jadi bini orang ni, sibuk memanjang…hehe
Korang nak tau tak, hati aku ni dah lega sesangat, syukur sesangat dah selesai tugas untuk tahun 2013 walaupun tahunnya tak berakhir lagi..
Selesai segala penyeksaan, hahaha...Ni semua gara-gara anak-anak prasekolah aku tahun ni yang sangat lah susah untuk aku bela, puncanya sebab mak bapak budak sekarang terlampau manjakan anak, sampai datang sekolah attack cikgu...ish3..
Kesian...salah ke kita ajar anak orang dengan cara yang tegas? Tah la, seingat akulah...masa aku tadika dan sekolah dulu cikgu semua garang-garang, rotan, cubit...tapi taklah pula aku nak mengadu dengan mak abah aku...aku ok je...kalo mengadu pun, mak abah aku takdenya nak marah cikgu tulah...
Gitu lah, zaman dah berubah...dan tengoklah hasilnya sekarang, banyak masalah sosial remaja...tak tau lah apa nak jadi...risau aku bila fikirkan balik, cemana anak-anak aku nanti??

.............................................................................................................................

Eh sudahlah aku membebel..hahaha, ok sekarang ni musim orang kawen kan...so Alhamdulillah permintaan dan tempahan sangatlah memberangsangkan....boleh kata tiap minggu aku pi menginai pengantin dan sambil tu minum-minum teh kat umah orang..hehehe...
Untuk sesiapa yang berminat dan tengah mencari-cari pelukis inai profesional, haaaa mungkin anda dah jumpa orangnya disini...hahaha
Tapi  perkhidmatan berinai ni hanya untuk kawasan negeri perak...yang aku boleh capai setakat ni kawasan Batu Gajah, Ipoh, Bota, Kampar, Tapah, Taiping, Kuala Kangsar, Beruas, Lumut, Teluk Intan dan kawasan yang sekitar dengannya...
Untuk tempahan boleh call atau sms saje di no.. 

013-533 2781

atau boleh like page kami di sini...


haa....kat tepi ni pon ade...bleh klik je kalau nak tengok gambar-gambar customer yang dah pun menggunakan khidmat kami...

Dibawah ni sedikit gambar-gambar hasil kerja seni kami :)





p/s :: haaaaa.....copy ek??sila kredit ke blog comel ni ye....hehe