Friday, April 26, 2013

Share

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Silakan SHARE

-yk-
^_^



p/s: untunglah....

Sunday, April 14, 2013

Apa Pun Tak Bleh!

Hey korang semua, ape kabo? Lamanya aku tak merapu kat sini sejak dah jadi seorang isteri ni...ceh konon sebelum ni rajin sangat buat entry..hahahha

Korang dah sedia nak mengundi? Aku dah tak sabo sangat ni, almaklum ni kali pertama aku nak mengundi walaupun sepatutnya kali kedua...hihihi..Ala dulu tak mengundi sebab tiket nak balik kampung habis masa tu... Ha kali ni aku bertugas dalam bilik undi tau, cemana lah agaknya nak menghadap orang orang yang datang mengundi nanti ye...huhu wahai penduduk kampung, be nice to me okeh!

Next week ada job menginai...hah sangat besh, dah gatal tangan nak conteng tangan pengantin ni.. Alhamdulillah kali ni ada dua pengantin yang bakal mendapat sentuhan emas aku...haha buweekk!!
Moga korang berdua nanti berpuas hati lah ye... Dan sesiapa yang nak berinai tu...boleh cari aku di sini..


Setakat ni, service inai aku ni pada harga yang biasa lagi, tak sampai seratus pun.. Tapi tu pun ada orang kata mahal lagi, hahaha...Tahu tak, aku buat harga tak lebih RM100 pun mak aku dah marah tau, katanya ni hasil seni, tengok lukisan gambar Monalisa tu, harga jota jota tahu?? Haha...baek mak!

Sebenarnya aku tengah stress ni, stress menghadap tanggungjawab, sepatutnya bendanya mudah je selagi aku ikhlas, tapi skang dah jadi macam tak ikhlas je ni...Alah tak ikhlas pun disebabkan kebebalan manusia yang jumud, hish benci aku....ko pegi duduk dalam tempurung la wei!!

http://www.briody-fitnessnhealth.com/images/stressed.jpg