Tuesday, November 20, 2012

Pindah

Lamanya aku tak update blog ni...Sebenarnya aku sangat sibuk uruskan hal perpindahan aku dari Slim River ke Batu Gajah.. Alhamdulillah setelah 3 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam di Slim River, so now nak menabur bakti di tempat lain pula..Moh aku cerita pasal tempat baru ni..hehe

Aku kat sini still tinggal di rumah mak mertua lagi, disebabkan sekolah aku lebih dekat dengan umah mak mertua di batu gajah, usaha nak mencari umah sewa masih diteruskan sebab tak jumpa lagi rumah yang sesuai..bukan memilih, tapi nak duduk lama kan, kenalah jadi sedikit cerewet..hehehe

Ok, sekolah aku yang baru ni dalam kawasan gopeng perak, sekolah agak dalam, suasana hijau yang memang sangat segarlah, tapi agak susah dari segi fasiliti.. sebab jauh dari pekan, nak makan pun susah..huhu..sekolahnya kecik je tau, yang bestnya kat belakang sekolah ada macam macam poko buah, termasuk lah buah durian!!! Tapi kesian kat kereta aku, terpaksa lalu jalan yang sangatlah tak smooth....... T_T


Rindu sangat kat sekolah sjk chin hua, rindu kat kawan kawan kat sana yang sangat sporting, yang sangat caring walaupun berlainan bangsa...sangat best, rindu segala event yang di buat kat skolah tu..huu pasni tak boleh nak tengok tarian singa yang best best lagi dah...tak boleh nak duduk sama sama dalam komuniti bangsa lain...sebab sekarang ni aku duduk di kawasan majoritinya melayu sahaja...owh i really miss u all............ T_T

Apa pun aku sangat bersyukur sebab kat sini aku tinggal dengan suami, taklah berjauhan lagi, kalau tak asyik teringat je kat dia...Walaupun hati ni tak berapa happy pindah n tempuh tempat baru, tapi aku redha dengan keadaan yang Allah beri ni, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang Allah kurniakan...semoga hati ni sentiasa gembira disini...at first aku nangis gak bila pikirkan betapa dalamnya tempat aku keja ni, tapi now almost 2 weeks, dah ok sikit kot....huuu

Moga perjalanan kita sentiasa di permudahkan oleh Nya... ameen..