Monday, March 5, 2012

Happy Birthday To Me~

Aku nak ucap Happy Birthday kat diri sendiri..(boleh ke?..hahaha)


Selamat Hari Jadi kepada Diri Ini....
Moga diri ini sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala rintangan yang mendatang..
Moga diri ini menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa yang sangat dicintainya..
Moga diri ini sentiasa menghargai setiap orang yang datang dan pergi dari hidupnya...
Moga diri ini sentiasa memaafkan semua orang yang berada disekelilingnya tak kira sebesar mana pun kesalahan mereka..
Moga diri ini sentiasa beringat pada tanah yang rata walau setinggi mana diri ini mendaki..
Moga diri ini sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Islam yang teguh pada agamanya..
Moga sentiasa dimurahkan rezeki..
Moga dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh diri ini agar terhindar dari hasutan syaitan..

~Ameen~

Terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday kat FB..
Aku dah ameen kan setiap doa dari ucapan korang..terima kasih banyak banyak..
Terharu baca ucapan mak and abah...huh menitik ayor mata...
Sebab aku ni anak yang degil, ske bagi masalah dan
 aku gagal bagi apa yang mak abah aku nak...i'm so bad.. =(

Syukur dah 26 tahun aku hidup kat dunia ni..
Macam-macam yang dah aku lalui dari yang pahit, yang manis..
Tapi alhamdulillah aku dapat lalui dengan cekal..betullah kan, 
Allah takkan menguji seorang insan itu lebih dari kemampuannya..hah!

Tak lupa juga orang yang first wish birthday aku and first bagi hadiah...hehehe
Terima kasih sayang............♥♥♥



p/s:: jangan nak seronok sangat le sambut birthday...bertambahnya umur, maknanya semakin dekatlah dengan kubur....hehe

2 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

    moga berbahagia selalu dunia dan akhirat....

    ReplyDelete

Sila conteng-conteng kat sini =)