Tuesday, November 20, 2012

Pindah

Lamanya aku tak update blog ni...Sebenarnya aku sangat sibuk uruskan hal perpindahan aku dari Slim River ke Batu Gajah.. Alhamdulillah setelah 3 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam di Slim River, so now nak menabur bakti di tempat lain pula..Moh aku cerita pasal tempat baru ni..hehe

Aku kat sini still tinggal di rumah mak mertua lagi, disebabkan sekolah aku lebih dekat dengan umah mak mertua di batu gajah, usaha nak mencari umah sewa masih diteruskan sebab tak jumpa lagi rumah yang sesuai..bukan memilih, tapi nak duduk lama kan, kenalah jadi sedikit cerewet..hehehe

Ok, sekolah aku yang baru ni dalam kawasan gopeng perak, sekolah agak dalam, suasana hijau yang memang sangat segarlah, tapi agak susah dari segi fasiliti.. sebab jauh dari pekan, nak makan pun susah..huhu..sekolahnya kecik je tau, yang bestnya kat belakang sekolah ada macam macam poko buah, termasuk lah buah durian!!! Tapi kesian kat kereta aku, terpaksa lalu jalan yang sangatlah tak smooth....... T_T


Rindu sangat kat sekolah sjk chin hua, rindu kat kawan kawan kat sana yang sangat sporting, yang sangat caring walaupun berlainan bangsa...sangat best, rindu segala event yang di buat kat skolah tu..huu pasni tak boleh nak tengok tarian singa yang best best lagi dah...tak boleh nak duduk sama sama dalam komuniti bangsa lain...sebab sekarang ni aku duduk di kawasan majoritinya melayu sahaja...owh i really miss u all............ T_T

Apa pun aku sangat bersyukur sebab kat sini aku tinggal dengan suami, taklah berjauhan lagi, kalau tak asyik teringat je kat dia...Walaupun hati ni tak berapa happy pindah n tempuh tempat baru, tapi aku redha dengan keadaan yang Allah beri ni, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang Allah kurniakan...semoga hati ni sentiasa gembira disini...at first aku nangis gak bila pikirkan betapa dalamnya tempat aku keja ni, tapi now almost 2 weeks, dah ok sikit kot....huuu

Moga perjalanan kita sentiasa di permudahkan oleh Nya... ameen..

Wednesday, October 3, 2012

Rasa nak Honeymoon lagi..ahahahai!!

Alhamdulillah dah genap sebulan rumahtangga kami..
Moga dipanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..
Arini tetiba datang mood nak berhoneymoon lagi...adoi..rindu kat encik hubby yang berada di sana..
Almaklumlah kami ni PJJ ( percintaan jarak jauh le kunun...hikhikhik)..
Tiap Jumaat memang aku dah terkinja kinja nak balik, jasad kat sini..hati n  fikiran dah melayang ingat kat hubby..huuu

Korang doakan moga aku dapat bertukar secepat mungkin tau..
Tiap hari duk pikir pasal pertukaran...sedih kot tengok orang lain boleh menempek dengan suami masing masing...aku kelip kelip mata je....uhuhu

Hurm dah sebulan tapi gambar kahwin tak siap le lagi, apa nak kata orang yang dah kahwin berbulan pun tak dapat lagi ni kan aku..
Tapi takpelah, sekurangnya aku boleh ambil and buat part aku, cuma tunggu custom album and frames je..

Haaa...banyak dah aku edit..nak tengok? nak tengok?
Tapi sikit jelah boleh bagi korang tengok ye..hehe
.
.
.
.








=D

Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah Semuanya Berjalan Dengan Lancar.. =)

Halluu...lama tak update neh...
Pekabo kome? aku macam biasa je, sihat, gebu...hati berbunga..
Mood pengantin baru lagi ni kan..hehe

Last week, 31st Aug n 1st Sept merupakan hari bersejarah buat aku dan dia si gegula hatiku..
Kami telah selamat diijabkabulkan...
Memang merdeka betullah...hehe

Semuanya berjalan as smooth as i wish..
Everybody happy that day walaupun ada 1 incident suddenly backdrop tempat makan pengantin terbalik...hah boleh pulak kan..
Rasa nak tercabut jantung aku sekejap masa tu...nasib baik la cousin's aku menjadi penyelamat...adoyaii..
Anyway, Alhamdulillah takde incident pelamin roboh ke ape ke dengan keberatan aku..hahaha

Ok2..tema that day kami guna warna biru, semuanya biru...
 Walaupun sebelum tu aku rasa macam semuanya tak kena n risau, dengan baju...pelamin...makanan...goodies...
Alhamdulillah la...sampai harinya everything goes very well...
Ramai tenaga kerja yang terlibat, syukur n terima kasih sangat sangat..

Ok lah dari aku membebel tak tentu hala, moh la nengok 
gambo kawen teman ni, tapi sikit jelah...hehe

 Dengan ini...ku milikmu....ameenn..

  
 Pengantin terlampau... !@##$%%^

 Pertambahan ahli keluarga...it's awesome u know!

 Mak n abah..mertua saya.. =)

 Sahabat yang dekat di hati..

 Dengan ini bertambahnya adik beradik saya...imagine, terus tambah jadi 9 orang kesemuanya...yeay!

 Mak abah n all my sibling..

Tengok senyuman suami saya..seronok sangat le tu...hehehe..
(pengantin harusla makan sikit...menahan korset kat dalam tu..hahaha!)


Terima kasih semua... =)

Thursday, August 9, 2012

Qunut

Tanpa kita sedar..inilah doa yang kita baca setiap kali kita tunaikan solat Subuh..
Allahuakbar....
Allah dah sediakan permulaan yang baik untuk kita setiap hari...


Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Selamat berpuasa semua..
Harini InsyaAllah hari ketiga kita umat Islam menunaikan rukun islam yang ketiga..
So far macamana?ada ok?
Aku setakat ni Alhamdulillah...Takdelah lagi serangan gastrik, baik perut ni...tahu tahu je aku nak puasa penuh tahun ni... (penuh ke?kui kui kui)
Tempat korang dah start moreh?aku malam ni insyaAllah berbuka di masjid...jimat kos tu..hehehe
Tapi petang ni nak menjenguk ke bazar Ramadhan dulu, beli beli kuih sikit boleh bawak pi masjid..

Ramadhan tahun ni agak sunyi sikit sebenarnya, takde pun orang bagi sms ucap selamat berpuasa kat aku...huhu..
Teringat pulak di zaman zaman kegememilangan dulu..
Bila dah umum tarikh puasa kat tv je, menderu sms ucapan selamat berpuasa masuk, kadang tu sampai hang tepon aku..hahaha..melampau, nampak nooo nipunye...

Macam macam rupa bentuk plak tu, dulukan guna tepon ala 3310 je...rugi pulak rasanya kan tak menyimpan segala ucapan tu..Eh untuk bersahur pun ada jugak..haaa..

Tahun ni diorang kata tahun terakhir aku berpuasa dan berhari raya sebagai orang bujang..eheee...
InsyaAllah...permudahkanlah urusan kami ya Allah...
Sebulan je lagi neh...huhu...auummm.....
Doakan kami ok!

Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Ramadhan yang sangat indah ni, Ramadhan datang sekali je setiap tahun, marilah kita kutip banyak banyak pahala di bulan ni..
Moga di berikan hidayah pada kita agar menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah azam aku ramadhan kali ni aku nak khatam Quran lagi..moga dipermudahkan ya Allah...Ameen...

Selamat Berpuasa!!


Wednesday, July 4, 2012

Henna - Liyana,Rawang

Hallu ya olls..Last week aku dapat tempahan menginai dari Liyana di Bukit Sentosa, Rawang..
So inilah hasilnya...sory gambar tak memuaskan sebab guna camera handphone saje..
Warna yang sebenar agar kemerahan sebenarnya, bukan hitam macam dalam gambar ni ye.. =)

Liyana memilih henna yang bercorak ala-ala hindustan sikit...



Di kaki...tak cuci lagi ni...

.......................................................................................

Seperti biasa, pada sesiapa yang berminat boleh sms aku di no. 013-5332781
Atau 'LIKE' di Tokey Henna kat sebelah ni...then boleh la message kat situ...
Kawasan yang InsyaAllah boleh aku pergi setakat ini, di Slim River, Tg.Malim, Bidor, Tapah, Rawang, Ipoh..kalau lebih jauh dari ni mungkin boleh dipertimbangkan, cuma ongkosnya lebih sikit lah ye...hehe

Thursday, June 7, 2012

Mural Dah Siap..yeay!

Harini dengan gumbiranya aku dah siapkan mural yang ketiga untuk kelas pra aku..
Puas hati dapat conteng dinding tau...hehe

Kali ni aku gunakan tema "Spongebob Squarepants and Friends"..
Dindingnya tak lah besar sangat..tapi disebabkan dah lama tak menconteng dinding so ini adalah sangat memberi kepuasan tau tak..hehe..
Aku ambil masa 3 hari untuk siapkan semua ni sorang-sorang...sorang ok...eh seorang...hehe
Kematu buntut duk kat situ...heh~


~THE MAKING~






~TARAAAA!!!~

 Effect asap untuk gambaran lebih dramatik..
Phhuuuiiiiii.......hahaha..itu biasan cahaya, jangan terpedaya...


Ruang putih tu dibiarkan kosong bahagian bawahnya untuk tulis bahasa cina,  
kalau aku main tulis je nanti tercarut pulak...Ooops!

Untuk paparan lebih jelas silalah klik~


Sekian.... ngehh...

Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sekolah Bermula

Selamat bercuti adik-adik...
Apa yang korang buat cuti sekolah ni?pastikan berfaedah ye..
Dulu masa zaman muda remaja aku, cuti sekolah banyak dihabiskan dengan holiday..
Holiday dengan family, selalunya kami pegi Cameron Highland, Kelantan & Terengganu, Penang...KL...
Tak pun aku akan ikut mak sedara aku holiday..
Best woo..

Kira cuti sekolah memang tak lekat kat umah la..
Da besor-besor ni, cuti sekolah dah takde makna..
Takde harapan sangat nak g holiday..hehe
Koje weh, koje..

Pejam celik lagi 3 bulan je majlis kami...huhu
Debaran semakin terasa..
Persiapan InsyaAllah berjalan dengan lancar..
Aku pun dah start bermanja-manja diri nak ke spa bagai...hahahhah gedik sangat~
Baru ni, g cuci kaki..
Baru perasan kaki aku sangat le kusam, dah jatuh gred D gamaknya..
So first time ni bagi kaki kat muka orang...hahahaha
 Tapi best juga, memula dia suruh rendam2 dulu dalam air suam..
Kemudian dia spray ubat, trim apa yang patut di jari-jari kaki..
Ha yang part ni aku paling suka, bila dia gosok tumit n tepi-tepi tapak kaki ni..
Dari keras kematu bleh jadi lembut ko.....hahahah


Tu dia kaki gedabak besaq...hahaha
Look kaki aku sangat gelap...sunburn tetiap hari jalan kaki ke sekolah..wuuu...

Kalo korang yang berada di Ipoh kot teringin nak manja gedik-gedik gini boleh le pegi kat Ipoh Parade..
Kedainya kat bahagian atas, ala kedai yang comel-comel tu...namanya YY beauty center..
Kena buat appointment dulu tau..aku tak buat buffer so harga rawatan kaki sahaja RM35, tangan RM25..kalo nak colour-colour kena tambah duit lah ye..

---------------------------------------

Selain dari aktiviti diatas, di musim orang kawen pastinya ada orang nak berinai henna..
Sangat puas hatilah..takdelah boring sangat cuti-cuti ni..

Tapi gambar aku lupa plak nak snap...
waaaa sangat rugi kan...

Takpe nanti ada lagi minggu ni aku update gambar henna..

--------------------------------------

Hah ni lagi satu pasal orang kawen..
Aku terima 1 job amik gambar pengantin minggu lepas..
Just snap and burn je..yelah aku bukan pro pun...
Tolong-tolong kawan je ni...
Kali ni di Selama Perak, Cikgu Ita n suaminya Mie..
Sedikit gambar aku edit untuk tatapan korang..

  

Ok ke? dah lama tak amik gambar ni..hehe
Tahniah kak ita n abg mie..moga berkekalan hingga akhir hayat...

---------------------------------------

Pada korang, thanks for viewing my page..xoxo



Saturday, May 12, 2012

Mak..

Selamat Hari Jadi Mak..
Selamat Hari Ibu Mak..
Selamat Hari Guru Mak..
And Now..
Selamat Bersara Mak..

Aku sayang mak aku...sayang sangat..
Mak aku best..
Sangat senang untuk berbicara..
Sentiasa ada menenangkan perasaan gundah gulana anak-anak yang nakal ni..
She always be there for us....always..
Pernah sampai masa dulu..aku rasa aku memang dah tak mau jejak kaki kat bumi ni...
Mak always keep calling me to give her support..
I love u mak...

Now Mak dah bersara...sedih pulak rasanya..
Dulu masa kecik-kecik satu sekolah dengan mak..time rehat mesti gi pow duit mak...
Nak beli jajan kununnya....ngeh3...
Tadi ada majlis persaraan mak kat sekolah..
dan malam tadi aku yang sibuk buka hadiah persaraan mak...banyak hadiah mak dapat...dah mengalahkan hadiah orang kahwin..itu tandanya ramai orang yang sayangkan mak...

Mak aku best..
Ape mintak sure dapat..
Tapi kami bukanlah anak yang suka ambil kesempatan..
Hanya bila perlu sahaja..
Setakat mak membebel tu biasa lah...tapi apa mak cakap semua betul..
Untuk siapa?untuk anak-anak mak juga..

Mak..orang sayang mak..
Moga mak sentiasa sihat, bahagia, dirahmati Allah. dikasihani Allah. dilindungi Allah... Ameen




Thursday, May 3, 2012

Gigi saya cantik...weeekkk!

Eh lama tak update pasal braces..
Ha....now dah 7 bulan aku pakai braces...
Kalo korang penah baca blog aku neh, mesti da penah tengok gigi aku yang asal kan?
Kalo belum, sila view di sini-->  Braces Oh Braces

Ha....tantek kannnnn?
Sangat....hahaha..adik aku kata macam pagar kayu warna putih tu...haha sangat kureng asam..

Eh2...ini gigi saya yang terbaru...taraaaa!


haha...sangat suke....maybe kena pakai braces ni dalam 2 - 3 buln lagi...then start retainer lah....weee!!


Saturday, April 21, 2012

Pemalas

Ye memang aku pemalas...malas nak hapdet blog neh...hehehe
hi u olls...lamanya aku tak menaip kat blog ni..
Alah aku tulis pun bukan ada orang nak baca...woohaa!

Sukati lah ye..
Anyway baru-baru ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku..
Orang kata bermulanya sebuah fasa kehidupan yang lebih matang...tidak matangkah aku selama ini...?
hahaha!!

InsyaAllah tak lama lagi aku akan mulakan kehidupan yang baru..
Berdebar rasa hati ni, banyak perkara yang sedang di buat supaya semuanya akan berjalan dengan lancar..tak le kelam kabut nanti..
Kadang tu risau juga, dalam kepala ni asyik pikir mampu ke aku?boleh ke aku?
Dah cukup matang ke aku ni? yelah...dah boleh kata tiap hari duk kena ngorat ngan budak sekolah menengah..
Baby face sangat ke aku ni? (tangan didada mata ke atas ~ dow... =P )

Sebenarnya takde benda nak cite kat sini...saje je menambah posting agar nampak seperti tuan blog ini sangat rajin menulis benda tah apa-apa..
Eh suke aku le, blog aku...hahaha!


Friday, March 16, 2012

Terukir Di Bintang..

Jom karok!!


Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, March 5, 2012

Happy Birthday To Me~

Aku nak ucap Happy Birthday kat diri sendiri..(boleh ke?..hahaha)


Selamat Hari Jadi kepada Diri Ini....
Moga diri ini sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala rintangan yang mendatang..
Moga diri ini menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa yang sangat dicintainya..
Moga diri ini sentiasa menghargai setiap orang yang datang dan pergi dari hidupnya...
Moga diri ini sentiasa memaafkan semua orang yang berada disekelilingnya tak kira sebesar mana pun kesalahan mereka..
Moga diri ini sentiasa beringat pada tanah yang rata walau setinggi mana diri ini mendaki..
Moga diri ini sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Islam yang teguh pada agamanya..
Moga sentiasa dimurahkan rezeki..
Moga dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh diri ini agar terhindar dari hasutan syaitan..

~Ameen~

Terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday kat FB..
Aku dah ameen kan setiap doa dari ucapan korang..terima kasih banyak banyak..
Terharu baca ucapan mak and abah...huh menitik ayor mata...
Sebab aku ni anak yang degil, ske bagi masalah dan
 aku gagal bagi apa yang mak abah aku nak...i'm so bad.. =(

Syukur dah 26 tahun aku hidup kat dunia ni..
Macam-macam yang dah aku lalui dari yang pahit, yang manis..
Tapi alhamdulillah aku dapat lalui dengan cekal..betullah kan, 
Allah takkan menguji seorang insan itu lebih dari kemampuannya..hah!

Tak lupa juga orang yang first wish birthday aku and first bagi hadiah...hehehe
Terima kasih sayang............♥♥♥



p/s:: jangan nak seronok sangat le sambut birthday...bertambahnya umur, maknanya semakin dekatlah dengan kubur....hehe

Friday, March 2, 2012

BOBO

Semalamkan, ada orang courier call aku sebab ada barang untuk aku..
Aku ni tekojot le, tetiba je ada barang, sebab seingat aku takde le pulak aku beli barang online..
So aku terus call mak aku untuk inform pasal barang ni,
so mak le orang yang menunggu barang ni sampai..

Nak tergelak pun ada bila ingat balik..
Aku punye lah risau...kan baru ni ada dalam berita yang sorang pempuan terima spender dari peminat misteri...so aku takut le... <--konon ada peminat..hahahaha!!!
Aku siap pesan kat mak aku suruh tunggu abah balik dulu baru buka kotak tu..
Kotaknya sebesar kotak printer canon yang biasa tu..
So nak jadi cite..abah aku ngan mak le yang buka...
Dah bukak, terkojot le diorang terjenggol kepala...besar lak tu...tarik2....taraaaaaa!!!
Bear2 setinggi 1.4 meter..kira2 4kaki...uhuhu
Terus mak call aku gitau ade bear2 dalam tu, aku siap suh cek dalam bear2 tu kot2 ada dadah ke...ape ke...hehe...siyes masa tu tak tau sape bagi...
Bila mak kata tak ada apa yang pelik....so aku tau le sape nye koje ni....hehehehehe

Tak sangka i....dah umur gini dapat bear2 sebesor i.....hihihihi
Maceh sayang.........>,<

Mr. Bobo ngah sedap lepak atas sofa sambil tengok tv...

Tuesday, February 28, 2012

Macam-macam hal

Minggu ni banyak tak suka dari suka..
Rasa nak hempuk hempuk orang pun ada..
Kesunyian lagi...haish..
Kat sekolah punya hal lagi..
Bleh tak aku nak pukul orang, pastu pura-pura buat tak tau??
Nyampah!

Upcoming event for this week..
Nak menginai sahabat zaman kecik-kecik sampai sekarang ni dah besor-besor saiznya...hehe
Kemudian opkos hadir ke majlis kawen dia sekali lah kan..
Alhamdulillah, bulan ni pun ada rezeki lebih sikit, so takdelah rasa sesak sangat nak mengumpul duit nak servis keta n insuran roadtax bagai nanti...hehehe sedikit semput disitu ok!

Hah..then the other thing is..
Aku duk counting the day le ni, lagi 5 hari je...
Hurm cedey lah..kalo dulu tak sabar-sabar nak tunggu tarikh ni every year..
But now dah rasa macam...
"kalau lah masa boleh main reverse reverse kan best...ahaks"
Stop dreaming..tak boleh ok, the fact is u are getting older lah Cik...
"Eh kenapa Cik? bila nak jadi Puan ni?"
Hahaha...ni pun lagi satu soalan yang akan menjelma nanti..
Eh bukan nanti, semalam pun ade orang tanya..
Terasa kot bila tengok kat FB kawan-kawan memasing duk tayang gambar laki, gambar anak..
Ahh lantakkan.......... :(
Nanti aku nak snap gambar anak tekak aku, then upload kat FB...
with caption : ni lah anak i...hahaha gile minah ni..

Haa...semalamkan, syok gile kot main The Sim3..
Keja buat umah je..pastu seronok tengok Sim's aku beranak-pinak..
Tak payah tunggu 9 bulan pun...hahahahaha!









p/s :: Eh tak boleh sedih...kena pura-pura happy..yeay!

Thursday, February 9, 2012

Latest project

Ucapan selamat pengantin baru kepada tuan punye blog

Selamat pengantin baru..
Moga cepat2 dapat baby..
Moga berbahagia hingga akhir hayat...  :)

Dan ini gambar inai pengantin tersebut...


 Dan inilah pengantinnya....ahaks curik gambo kamu wa oi....!


 Sweet warnanya kan....suke biru!

Mekaceh kerana mengupah saya untuk menginai di hari bahagia anda...wink2!


p/s :: huu kawan2 aku dah kawen.....  :(


Sunday, February 5, 2012

Kongsi Bersama

(klik le gambar kalo tak nampak)


Nasihat yang baik untuk kita semua...

sumber : cilok mencilok dari FB

Wednesday, February 1, 2012

OMBAK RINDU versi taubat :)



Hayatilah...
Kalau ada yang tak terasa apa2 bila dengar lagu ni...
Mesti ada something wrong pada diri kamu....

Friday, January 27, 2012

Nak berinai?

PROMOTE2!!

klik --> Tokey Henna

Takpun boleh klik terus LIKE kat tepi wall aku ni...

Perkhidmatan inai aku ni murah je..
Aku tanak lah cas mahal-mahal..
Kalo terlalu jauh baru aku cas lebih sikit..

Kawasan yang aku boleh pergi setakat ni...
- Slim River
- Tg. Malim
- Sungkai
- Bidor
- Tapah
- hingga ke Ipoh

Untuk tahu dengan lebih lanjut boleh tengok info pada facebook Tokey Henna ..
Or korang boleh terus sms aku di nombor :: 013-5332781
Ini adalah contoh henna yang aku lukis..














~Sekian~