Sunday, November 27, 2011

Suka nya lagu ni..

sukanya lagu ni...
kenapa kadang kala kita rasa ada sesetengah lagu sangat sesuai dengan situasi yang kita rasai sekarag?

Tuesday, November 22, 2011

Bila ia datang menjelma...

Sediakah aku nak lalui semua peringkat ni? Kamu? Sudah?

Entry ni aku jumpa dalam blog ni..

Aku dah mintak permission ye...hihihi..
 Timaceh tuan tanah.... :)

Anyway carta alir kat bawah ni memang sangat berguna kan...
Boleh buat checklist dari sekarang tau...hahaha
Aku? entah...hahaha

Sunday, November 20, 2011

Luahan Perasaan...teettttt!

Aku ngah bengang ni..
Ada dua hamba Allah ni, diorang dah berjanji ngan aku untuk guna perkhidmatan aku berinai and amik gambar..
Lagi dua tiga hari nak sampai date yang dijanjikan, bila aku confirmkan balik ngan diorang tup2 kata cancel...
Nasib la aku tanya, kalo tak tanya..........haish...
Tah apa punye manusia, kalo taknak just say taknak, bagitau awal2..
So tak payah la aku cancel hal2 lain awal2...
Ni lah yang aku kategori kan sebagai najis...
Heee...nyusahkan orang betol!!
Menci!!


p/s :: eh, braces aku da tukar getah tau...kali ni warna OYEN!!hihi...
sakit dow mase doc nak tanggalkan getah2 lama tu...and for next appointment doc kata akan tukar dawai tebal...so bermulanya kesakitan yang lebih sakit kot, sebab dawai tebal ni untuk tarik n susun gigi...huhu...takot pon ade..... :s

Wednesday, November 2, 2011

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

p/s :: touching...uhuk3.....kenapa perlu berlengah??