Friday, October 28, 2011

KIKI dan BOLAT

Ni miaw-miaw aku yang sangat tomey..
Sayang sangat kat miaw-miaw domok ni..
Selama aku bercuti seminggu ni..domok-domok ni lah
yang teman aku kat umah..
Tengoklah domok-domok ni tido...

Tengok la, anak lagi besar dari mak...hihi
Yang warna coklat-coklat tu namanya Bolat...
Grey n white tu namanya Kiki..
Kiki ni mak kepada Bolat..

Supermaakkkkk!!!
Terbangggggggggggggg!!!!!!

Monday, October 24, 2011

Braces Oh Braces....

Mesti semua orang tahu apa itu Braces kan?

Braces adalah besi-besi yang dipasang pada gigi untuk memberi sokongan dan bertindak untuk tarik gigi-gigi kita ni kepada susunan yang betul.. (teori sendiri..hahaha)

Buat pengetahuan korang,
Aku baru 3 hari start pakai braces..
Humaingaih....sakit doh..

Doktor panel aku ni sempoi je..
Doktor Melayu..
Mula-mula dia cek, kemudian tentukan mana nak tampal..
After that dia bagi harga..
Bila kita dah setuju, terus je dia start buat keja..
Cepatkan??

Debar gila hati ni weh..
Memula die korek-korek gigi aku ni..hihi
Kemudian dia mula start tampal lobang-lobang yang ada kat gigi aku ni..
6 batang gigi sumenye tau..hahaHAHA!
Kemudian dia cuci gigi..
Bukan cuci guna berus ok..cuci guna mesin...taklah rasa ngilu sebab dah ditampal lobang yang ada kan..
Tapi bila ditekan pada tempat-tempat yang tertentu..sangat le sakit woii!
Setelah siap, doktor pun start lekatkan besi-besi khas guna gam tertentu kat gigi aku ni...
Bila dah siap, dia suruh aku pilih warna getah yang aku nak..
Suka lah weh boleh pilih colour yang kita nak..so aku pilih warna pink..hahaha..ladies la sangat kan..
Dan last die pasangkan dawai yang melintang tu...
So siap.......pastu mulut aku macam nak nganga je sebab kekok nak tutup mulut..terasa macam jongang pulak..hahahaha..

Nilah hasilnya..

Gigi aku sangat jarang kan...
Nampak tak getah-getah pink iteww...hikhikhik (gedik!)

Mak aih...muka pucat!
Pipi tembun tu memang takleh lari ye..hahaha

Ok, tentang kosnya..disebabkan aku buat kat doktor private..so mahal lah sikit..
Nak buat kat hospital kerajaan diorang tak terima dah, sebab umur lebih dari had...
Katanya gusi dah keras...hahaha
Klinik doktor private ni...kalo korang nak buat, prepare lah dalam RM3500+++
Kalo ada cabut gigi lagi mahal kot...huhuhu

p/s:: ngah menahan sakit mulut ni....huaaaaa!!

Wednesday, October 19, 2011

Betul ke artikel ni?

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

p/s: ada la yang boleh diterima pakai....hihi..
yang penting aku sayang 'dia'.... :)

Wednesday, October 12, 2011

Mural wahai Mural..


Yeay dah siap mural aku..
Tema untuk kali ni adalah 'Mini Safari'..
Buat sorang-sorang je tau..
Nak melukisnya sonang je..kejap je dah siap..
Nak mewarnanya tu yang lama..
Aku amik masa dalam tiga minggu nak siapkan mewarna..
Itu pun amik masa petang-petang sahaja..
Anyway dah siap..
Yang penting budak-budak sangat sukakannya!!! Yeay!!!!

Dalam mural Mini Safari aku ni ada bermacam haiwan...
Macam kat bawah ni...
:
:
:

'Si monyet dan bird-bird'


Lagi....

'Si badak dan pink rabbit..'


'Zebra bolat...'


Tak lupa juga..
'Zirafah yang lonjong...'


Maka terjadilah satu bahagian...sila abaikan kertas background berwarna pink tu ye..
Itu hasil kreativiti kanak-kanak..heh!



Ok..ini gambar penuhnya..dinding ni terletak bahagian belakang disebelah dalam kelas aku..


And additional..aku baru je tambah sepohon kayu..
Eh bukan, sepohon pokok epal...dekat gajah dan singa itewww..

Eh tak lupa juga ada Mr. Kura-kura kat bawah tu....nampak??

Ok tak?

p/s :: arini ada org kata aku ni baru umur 20 tahun...muahaha...suke bebenor teman...
baby face katenye...hahahaha!
Sila jangan jealous..

Sekian!