Wednesday, April 6, 2011

Duit

Korang rasa diri korang hamba duit tak?
Korang rasa kalau korang takde duit, korang boleh hidup tak?
Ada tak terdetik falsafah ni dalam diri korang?
" Hidup untuk mencari duit"
Falsampah ni sesuai untuk orang mata duitan...
Macam ni.....
.
.
.
.
.
v
Tapi bila diikutkan, memang zaman sekarang ni..
Kalau takde duit, apa pun tak jadikan..
Kerana duit orang boleh beli kebahagiaan..boleh ke?
Kerana duit orang boleh beli cinta dan kepercayaan..boleh ke?
Kerana duit orang boleh beli segalanya...ye ke?
Dan kerana duit juga dunia kucar kacir..
Keluarga porak peranda..
Macam-macam..
Sadis!

Tapi nyata, tanpa duit..
Kita takkan kemana skang ni..
Bak kata..semuanya perlukan duit..
Even masuk toilet pun paling cikai 30sen!
Belum ko g masuk toilet kat KLCC yang RM2 dan beringgit-ringgit tu lagi..haha..nganga...

Dulu masa kecik-kecik..
Kita sesuke hati je minta duit kat parents..
Yelah kita tak tahu pun kan susahnya cari duit..
Bila da besar ni, dah kena cari duit sendiri..
Barulah aku terasa sangat betapa susahnya nak cari even RM10!
Bagi korang yang gaji banyak or anak orang berada tu lain citelah kan...
Dalam sedar tak sedar..
Aku punya 1 keja tetap dan 2 keja part time skang ni..
Untuk ape??
Untuk cari duit nak hidup..hahaha
Bila dapat duit hasil titik peluh sendiri tu..
Rasa macam nak menitik airmata ni..
Susahnya cari duit!

Tapi bila difikirkan balik..
Sesusah mana pun kita, ada orang yang lebih susah daripada kita..
Dan pintu rezeki tu sentiasa terbuka..rezeki datang tak putus-putus..
Sayangnya Allah pada kita kan..
Sebab tulah kita tak boleh lupa pada Dia..
Kena selalu bersyukur, solat dan doa...
Jangan takbur...nanti Dia tarik balik nikmat yang diberi baru tau..

Cewah macam ceramah agama lak akukan...

Cite pasal duit, aku terfikir balik pada kekita yang penah dapat duit pinjaman PTPTN tu..
Wah sangat seronok ko joli kan time tu..
Tapi skang bila nak bayar balik, dah rupa siput sedut!
Termasuk le aku...
Tapi aku tetap bayar ok...ikut kemampuan..hehe
Pada adik-adik yang sangat suka dapat duit PTPTN tu..
Jimat-jimat le ye..
Pening korang nak bayar balik nanti...

Okeh cukuplah aku melalut..
Sape nak bagi aku duit please tinggalkan no phone kat chatbox aku ye...hahahaha!
=P

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)