Monday, February 7, 2011

Nak rambut cantik...tapi macamana?

Rambut itu mahkota seorang wanita..
Tak kiralah kita ni bertudung atau tak...
Rambut tetap menjadi salah satu perkara penting dalam hidup seorang wanita..
(this year aku 25..so sudah layak dipanggil wanita..haha..u getting older Miss Ladybird...!)

Cantik ek?Sila jangan percaya iklan rambut macam ni, ini sume helah potosop!

Tapi macamana nak dapatkan rambut yang cantik...?
Rambut yang berkilat...lembut..
Wangi..

Yes! rambut yang wangi itu penting ok...
Terutama yang pakai tudung macam aku ni...
Kalau tak, boleh pengsan orang yang tercium bau kepala ni..hahaha!

Sharing is caring.. wink2!!

So aku nak share bersama cara penjagaan rambut yang aku jumpa kat internet..

1. Syampoo Rambut

Bagi yang pakai tudung, cuci lah rambut setiap hari..
Sebabnya rambut kita ni dah seharian tertutup so tahu-tahulah kan..
Dengan peluhnya...
Berkuap weh!
So bau pun opkos 'wangi'...
Malu weh, kalau orang terbau kepala kita ni...
Luaran comel loteh...sekali bau...perrgghhhhh!


2. Conditioner

Lepas syampu apply lah conditioner kat rambut tu...
Supaya rambut kita senang diurus...
Lembut....
Kurang rambut gugur...
Tak kusut masai...
Sikat pun senang...


Mak aih..kusut bebenor nih!


3. Minyakkan rambut

Amalan minyakkan rambut ni aku rasa dah lama dah orang amalkan...
Contoh macam orang India, diorang gunakan minyak kelapa..
Sebab tu rambut diorang hitam berkilat, dan cepat panjang..
Tapi tahulahkan, minyak kelapa ni bau dia tengik sikit...tak syiok..
So pada aku, aku suka guna minyak zaitun...
Atau aku lebih suka panggil minyak jeton..hahaha!

Ini minyak jeton cap Safi...
aku guna minyak ni..

Wangi woo, sedap je baunya..
Selain tu, boleh juga gunakan minyak baby..
Rajin-rajinkanlah minyakkan rambut..
Urut kulit kepala supaya kulit kepala kita ni sihat...
Lancarkan perjalanan darah..
Cara ni juga boleh buatkan rambut kita tumbuh dengan sihat..
Hitam berkilat..
Rambut cepat panjang...
Dan yang paling penting, ianya menguatkan akar-akar rambut kita ni...
Rambut gugur adalah normal, tapi bila rajin amalkan meminyakkan rambut ni, InsyaAllah..kurang sikit rambut gugur..

4. Lain-lain perkara..
Jangan suka ikat rambut guna getah sayur...
Alah getah yang bungkus nasi lemak tu...
Nanti rambut kita akan melekat kat getah tu...
Sakit woo nak tanggalkan...
Banyak pulak rambut yang tercabut..hahaha!

Sikat rambut bila perlu sahaja..
If rambut kita dah murah terurus..
Tak perlulah kita nak sikat selalu..ye dak?
So rambut pun tak ada yang banyak gugur...
Dan gunakan sikat yang giginya jarang-jarang..
Biasanya sikat jarang-jarang ni bersaiz besar...
Berlampak kat mall..
Pegi beli..

Oops! sory..this is not what i mean.. =P


Ini hanya lah apa yang aku baca di internet dan juga apa yang aku sendiri buat..
Menggunakan bahan yang murah je...
Tapi pada sesiapa yang banyak duit tu..
Sure suka buat treatment kat saloon je kan...
Kadang-kadang kalo aku rasa aku ngah banyak duit..
Aku pun pegi saloon juga..hahah!
Seronokkan bila ada orang godek-godek kepala kita ni..
Layan jelah....


No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)