Monday, February 28, 2011

It's March..yeay!

Harini hari terakhir bulan Februari untuk tahun 2011..
Dan esok hari pertama untuk bulan Mac di tahun 2011 ni..
Aku suka bulan Mac...

Opkos la meh...it's my born day! ngeee.... :D

Harini aku terfikir, bagaimana detik waktu mak n abah nak menanti lahirnya aku ke dunia ni..
Bagaimana sakitnya yang mak tanggung nak keluarkan aku..
Macamana mak dan abah berusaha untuk pastikan aku selamat lahir untuk melihat dunia...

Ya Allah..

Sungguh besarnya pengorbanan mak dan abah dalam hidup aku..
Tapi aku...selalu lupa...
Dan aku tau, kadang-kadang ada airmata yang menitis kerana aku..

Satu ketika dulu...
Masa aku ditimpa musibah..
Aku ingat lagi, abah bersuara..
'Walau ape pun yang terjadi, abah tak salahkan anak abah, abah tau anak abah baik..'
Masa tu, aku tau..mak banyak menangis..abah sedih...tapi diorang tak tunjuk kat aku..
Mak abah tak tunjuk kat anak-anak..
Diorang tabah....sangat tabah...

Aku bertahan dengan kekuatan yang aku kutip dari mak dan abah...
Dan aku harap aku akan jadi sentiasa kuat untuk mak dan abah...

Aku nak mak abah sentiasa tersenyum.. :)
Sentiasa sihat...sentiasa bahagia...

Mak, abah...orang dah 25 tahun....
Thanks for everything...yes..everything...


p/s :: eh..habuk masuk mata..!



peace!

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)