Monday, February 7, 2011

Innalillahhiwainnailahirojiun....

Hari ini aku dapat satu berita..
Anak buah kawan aku yang baru saja lahir ke dunia ni seminggu yang lalu meninggal dunia pagi tadi...

Baby ni lahir dalam keadaan yang sangat kecil..
Just about 1.5kg...
Sangat kecil..
Dia tak cukup bulan..
Kira-kira lagi 3-4 hari untuk cukup ke 7bulan...
Oleh kerana dia lahir dalam keadaan yang sangat kecil..
Ada beberapa urat sarafnya pecah masa proses kelahiran...
Doktor pun bagitahu peluang untuk baby ni teruskan hidup adalah 50-50..
So dia diletakkan dalam incubator bersama dengan berpuluh wayar yang dilekatkan di badannya...

Tapi...
Allah lebih menyayangi baby comel ini...

Aku tertanya...
Apakah perasaan seorang ibu yang bersama dengan anak kecil ini selama 6 bulan...?

Wahai ibu..
Bersabarlah dengan ketentuan yang Maha Esa..
Sesungguhnya Dia lebih menyayangi makhluk ciptaanNya..
Telah mahfuz bahawa anak kecil ini akan menantimu di pintu Syurga..
InsyaAllah...

Wahai anak kecil yang suci dari segala kekotoran dunia..
Sesungguhnya engkau lebih beruntung daripada kami yang terlalu banyak titik hitam dalam kehidupan..


...Al-Fatihah...


p/s:: kucing aku mati pun aku nangis...ni kan anak yang dikandung.... :(

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)