Monday, February 28, 2011

It's March..yeay!

Harini hari terakhir bulan Februari untuk tahun 2011..
Dan esok hari pertama untuk bulan Mac di tahun 2011 ni..
Aku suka bulan Mac...

Opkos la meh...it's my born day! ngeee.... :D

Harini aku terfikir, bagaimana detik waktu mak n abah nak menanti lahirnya aku ke dunia ni..
Bagaimana sakitnya yang mak tanggung nak keluarkan aku..
Macamana mak dan abah berusaha untuk pastikan aku selamat lahir untuk melihat dunia...

Ya Allah..

Sungguh besarnya pengorbanan mak dan abah dalam hidup aku..
Tapi aku...selalu lupa...
Dan aku tau, kadang-kadang ada airmata yang menitis kerana aku..

Satu ketika dulu...
Masa aku ditimpa musibah..
Aku ingat lagi, abah bersuara..
'Walau ape pun yang terjadi, abah tak salahkan anak abah, abah tau anak abah baik..'
Masa tu, aku tau..mak banyak menangis..abah sedih...tapi diorang tak tunjuk kat aku..
Mak abah tak tunjuk kat anak-anak..
Diorang tabah....sangat tabah...

Aku bertahan dengan kekuatan yang aku kutip dari mak dan abah...
Dan aku harap aku akan jadi sentiasa kuat untuk mak dan abah...

Aku nak mak abah sentiasa tersenyum.. :)
Sentiasa sihat...sentiasa bahagia...

Mak, abah...orang dah 25 tahun....
Thanks for everything...yes..everything...


p/s :: eh..habuk masuk mata..!



peace!

Friday, February 18, 2011

Lucu tapi bermesej =)

Akibat daripada kemerengan yang terlampau pada harini..
Buat kerja pon macam nak membunuh diri sendiri je...
Jadi, keja aku takde lain dah..
Aku surf internet sampai lebam...hahaha!

Oh ye, ni video yang dah tersebar kat Facebook harini...
Agak comel...kelakar..tapi bermesej...

Tah dari mana datangnye budak ni..
Yang pasti die orang Utara..
Tak caye tengok vid ni..




Betul tak pe aku cakap?comel kan? :)

Thursday, February 17, 2011

Tahniah ye kengkawan :)

Wahhh....start dari awal tahun...hingga ke hari ni...
Ade je kawan aku yang bertunang dan berkahwin..
Macam musim mengawan pulak...ekekek
Mentang-mentanglah tahun ni umur kita 15 tahun..
Eh silap! 25 tahun....hehe
Sume pakat bertunang and kahwin reramai...
Bagus-bagus...ada perubahan dalam kehidupan...

Pa pe pun aku nak ucapkan tahniah pada mereka semua..

Kepada yang bertunang...
Kuatkanlah benteng kesabaran kalian, moga sentiasa sabar and tabah....
Bertunang ni banyak dugaannya..
Benda besar kuman pun boleh jadi sebesar gajah tau!

Pada yang berkahwin pulak..
Aku doakan moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat..
Harmonikanlah rumahtangga itu dengan penuh kasih sayang, didikan agama yang kukuh, dan toleransi antara pasangan...
(ade macam pakar motivasi rumahtangga tak?...wink2!)
Dan tak lupa juga.........
Cepat-cepat dapat baby...!!!!!!!
hihihi... :)

Tak lupa juga pada kekita yang masih bujang ini...
Moga Allah s.w.t memudahkan perjalanan jodoh kita..
Jangan nanti kena bertongkat pulak hantar anak masuk tadika..ahai!
Pa pe pun........
Sabar itu separuh daripada Iman......... :)


Cantikkan?aku rasa ni cincin trend masa kini...
Sebab ramai member aku yang baru bertunang
cincinnya seakan cincin dalam gambar ni...hihihi

Tuesday, February 15, 2011

Gatal Tangan

Tangan saye gatei...tolong garu...huhuhu
Malam ni aku gatal tangan nak edit gambar..
Tapi CS3 aku ni buat hal pulak, asyik not responding..
Pa pe hal pun, berjaya juga aku siapkan gambar ni..

Suka sangat gambar ni..
Pemandangan yang sangat cantik dekat Marina Island..

Gambar ni ditujukan special untuk seseorang yang terlalu bermakna dalam hidup aku...

It's for u my dear...



Monday, February 14, 2011

Fourth Ladybird Touch

Huhu..banyak sangat dah aku mengarut sampai lupa nak update Ladybird Touch. Ok untuk kali ni aku update mengenai gambar perkahwinan antara Ziera & Wan. Ziera ni adik kepada kawan aku, dan perkahwinan ni berlangsung di Kuala Kangsar. Sekali lagi, aku amik gambar pengantin yang berbaju oren..But orange look so nice in picture...'menyerolang' kate orang Perak..hihi..Okeh layankan je gambar-gambar ni k..

Ini sebelum nikah, bertunang dulu..


Bermulanya proses nikah kahwin, dinikahkan
sendiri oleh bapa pengantin perempuan..


Hari persandingan..


Menyerlah warna baju pengantin ni..


Sabo bang...hiks!


Jeling sikit...but angle kurang cantik...
tak nampak muka pengantin perempuan..
Aku dah berdiri atas kerusi time ni,
tapi almaklumlah aku ni tak bape tinggi so...
seperti diatas jelah..


Ala-ala Bollywood gitu....hihi


p/s:: saya tak pandai amik gambar..saya tak pandai
cari angle yang cantik..silalah kutuk saya.. -.-'

mimpi

Malam tadi malam yang sangat panas..
Berpeluh-peluh aku..
Nak tido pon tak boleh...
Sekejap je dah terbangun...

Dalam kul 3 lebih baru dapat lelap..
Lena sangat ke aku tido sampaikan dapat mimpi yang best...
Hahaha..sila jangan pikir lain ek..

Aku mimpi aku kahwin..
Perkahwinan yang dirancang oleh family dan aku langsung tak tahu menahu...
Kiranya aku balik kampung je sumenya dah tersedia..
Siap baju pengantin warna hijau pucuk pisang ngan putih lagi...!
Best gile..
Rasa macam real beb!

Dalam mimpi aku tu, siap aku pegi menjemput orang lagi..hahaha..
Pengantin lelakinya artis plak tu..
Hahaha..tapi aku tak boleh gitau sape.. =p
Memang aku tak boleh lupakan..

Sangat best ok...sangat best..
Ape maknanya ye?hu?


Sunday, February 13, 2011

Say no to 'V-day' !!


Kepada sesiapa yang aware atau tak..
Esok adalah hari Valentine..
Mesti ada yang tergedik-gedik..
Terkebil-kebil mata berharap esok dapat sedozen bunga ros..kan3?
Mesti dah ada yang plan untuk candle light dinner..dan sebagainya..

Oh please..this all is stupid ok..
Jangan kerana beberapa kuntum bunga ros..
Sepinggan makanan yang korang telan kat hotel-hotel..
Korang rebah dalam pelukan lelaki pada Valentine's Day..

Tahukah kita...bahawa Valentine's Day merupakan hari sempena kejatuhan Islam di Sepanyol?
Dan 'Valentine' merupakan nama kepada seorang paderi Kristian yang mengumumkan hari kejatuhan itu sempena hari kasih sayang sempena hari kejatuhan tersebut..
Please google for more info =)
So please..please...delete tarikh hari kekasih 14 Februari ini dari kalendar anda..

Bagi aku hari-hari adalah hari kekasih..
Hari-hari untuk hari berkasih sayang kepada keluarga..kekasih..sahabat dan sebagainya...
Dan bukankah kita sebagai seorang Islam setiap hari lima kali sehari kita 'bertemu' dengan kekasih kita yang sebenar-benarnya...

Hah, jangan lupa...hari Selasa, 15 Februari 2011..
12 Rabiul Awal, merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W..
Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi junjungan kita..
Tujuan kita menyambut hari Maulid Nabi adalah supaya kita sentiasa punya rasa kecintaan pada beliau..

Maulid Nabi lebih utama dari V-day tu..

So lupakan jelah V-day tu ek...Takde pekdah nye pon... :)


sumber maklumat : google dan http://www.iluvislam.com/



Thursday, February 10, 2011

Sengal..

Huaaargggghhh!!
Minggu ini adalah minggu yang sangat tension and ada sedikit simptom bebal...
Banyak sangat benda menyakitkan hati aku..
Sangat busy ngan benda yang remeh...
Sangat menyampah ngan mak-mak budak...
Sangat sakit perut sebab banyak makan limau...
Eheheh..

Penatnye..minggu ni straight 3 hari kelas tuisyen..
So macam takde masa nak rehat je..
Dah la habis satu umah aku die jelajahnya...
Bila aku marah dia menjawab pulak tu...
Kasi panas je...
Aku cakap bahasa Melayu dia bantai Tamil..
(Sah-sah aku ngajo budak Tamil kan...hahaha!)

Dah la budak-budak kat sekolah nakal semacam..
Kena pulak diorang kena bertukar kelas..
Anak-anak yang sekolah, mak bapak yang lebih..
Tak habis-habis nak complain..
Siap bagi arahan and cadangan yang bakal menyusahkan aku plak tu...
Vodoh..!
Macam le anak engko pandai sangat...cet!
Yang penatnya aku jugak..
Sini aku nak kena tengok..
Sana pun nak kena tengok...
Lama-lama aku yang tumbang...

Tolong la hantar orang baru sebelum aku jadi sewel... =(

Akibat dari kepenatan yang amat sangat..
Maka bila dapat bantal je teruslah aku lelap...
Tak kasi chance punyalah..hihi

Sampai bila nak jadi macam ni? huh?
Aku benti keja kang...ha........!

Agak-agak ada tak orang yang sanggup nak sara aku..?
hahaha..gilo...


Monday, February 7, 2011

Nak rambut cantik...tapi macamana?

Rambut itu mahkota seorang wanita..
Tak kiralah kita ni bertudung atau tak...
Rambut tetap menjadi salah satu perkara penting dalam hidup seorang wanita..
(this year aku 25..so sudah layak dipanggil wanita..haha..u getting older Miss Ladybird...!)

Cantik ek?Sila jangan percaya iklan rambut macam ni, ini sume helah potosop!

Tapi macamana nak dapatkan rambut yang cantik...?
Rambut yang berkilat...lembut..
Wangi..

Yes! rambut yang wangi itu penting ok...
Terutama yang pakai tudung macam aku ni...
Kalau tak, boleh pengsan orang yang tercium bau kepala ni..hahaha!

Sharing is caring.. wink2!!

So aku nak share bersama cara penjagaan rambut yang aku jumpa kat internet..

1. Syampoo Rambut

Bagi yang pakai tudung, cuci lah rambut setiap hari..
Sebabnya rambut kita ni dah seharian tertutup so tahu-tahulah kan..
Dengan peluhnya...
Berkuap weh!
So bau pun opkos 'wangi'...
Malu weh, kalau orang terbau kepala kita ni...
Luaran comel loteh...sekali bau...perrgghhhhh!


2. Conditioner

Lepas syampu apply lah conditioner kat rambut tu...
Supaya rambut kita senang diurus...
Lembut....
Kurang rambut gugur...
Tak kusut masai...
Sikat pun senang...


Mak aih..kusut bebenor nih!


3. Minyakkan rambut

Amalan minyakkan rambut ni aku rasa dah lama dah orang amalkan...
Contoh macam orang India, diorang gunakan minyak kelapa..
Sebab tu rambut diorang hitam berkilat, dan cepat panjang..
Tapi tahulahkan, minyak kelapa ni bau dia tengik sikit...tak syiok..
So pada aku, aku suka guna minyak zaitun...
Atau aku lebih suka panggil minyak jeton..hahaha!

Ini minyak jeton cap Safi...
aku guna minyak ni..

Wangi woo, sedap je baunya..
Selain tu, boleh juga gunakan minyak baby..
Rajin-rajinkanlah minyakkan rambut..
Urut kulit kepala supaya kulit kepala kita ni sihat...
Lancarkan perjalanan darah..
Cara ni juga boleh buatkan rambut kita tumbuh dengan sihat..
Hitam berkilat..
Rambut cepat panjang...
Dan yang paling penting, ianya menguatkan akar-akar rambut kita ni...
Rambut gugur adalah normal, tapi bila rajin amalkan meminyakkan rambut ni, InsyaAllah..kurang sikit rambut gugur..

4. Lain-lain perkara..
Jangan suka ikat rambut guna getah sayur...
Alah getah yang bungkus nasi lemak tu...
Nanti rambut kita akan melekat kat getah tu...
Sakit woo nak tanggalkan...
Banyak pulak rambut yang tercabut..hahaha!

Sikat rambut bila perlu sahaja..
If rambut kita dah murah terurus..
Tak perlulah kita nak sikat selalu..ye dak?
So rambut pun tak ada yang banyak gugur...
Dan gunakan sikat yang giginya jarang-jarang..
Biasanya sikat jarang-jarang ni bersaiz besar...
Berlampak kat mall..
Pegi beli..

Oops! sory..this is not what i mean.. =P


Ini hanya lah apa yang aku baca di internet dan juga apa yang aku sendiri buat..
Menggunakan bahan yang murah je...
Tapi pada sesiapa yang banyak duit tu..
Sure suka buat treatment kat saloon je kan...
Kadang-kadang kalo aku rasa aku ngah banyak duit..
Aku pun pegi saloon juga..hahah!
Seronokkan bila ada orang godek-godek kepala kita ni..
Layan jelah....


Innalillahhiwainnailahirojiun....

Hari ini aku dapat satu berita..
Anak buah kawan aku yang baru saja lahir ke dunia ni seminggu yang lalu meninggal dunia pagi tadi...

Baby ni lahir dalam keadaan yang sangat kecil..
Just about 1.5kg...
Sangat kecil..
Dia tak cukup bulan..
Kira-kira lagi 3-4 hari untuk cukup ke 7bulan...
Oleh kerana dia lahir dalam keadaan yang sangat kecil..
Ada beberapa urat sarafnya pecah masa proses kelahiran...
Doktor pun bagitahu peluang untuk baby ni teruskan hidup adalah 50-50..
So dia diletakkan dalam incubator bersama dengan berpuluh wayar yang dilekatkan di badannya...

Tapi...
Allah lebih menyayangi baby comel ini...

Aku tertanya...
Apakah perasaan seorang ibu yang bersama dengan anak kecil ini selama 6 bulan...?

Wahai ibu..
Bersabarlah dengan ketentuan yang Maha Esa..
Sesungguhnya Dia lebih menyayangi makhluk ciptaanNya..
Telah mahfuz bahawa anak kecil ini akan menantimu di pintu Syurga..
InsyaAllah...

Wahai anak kecil yang suci dari segala kekotoran dunia..
Sesungguhnya engkau lebih beruntung daripada kami yang terlalu banyak titik hitam dalam kehidupan..


...Al-Fatihah...


p/s:: kucing aku mati pun aku nangis...ni kan anak yang dikandung.... :(

Thursday, February 3, 2011

Sayang si tiger manja selamanya..


Dalam dua tiga hari ni..
Aku memang rasa tak sedap hati...
Tak tahu kenapa...
Tiap kali aku bagi miaw-miaw aku makan..
Aku pelik tengok Tiger tak active macam selalu..
Malam tadi aku panggil dia...
Tapi dia tak datang pada aku macam biasa...

Pagi tadi...
Sekali lagi aku panggil dia...
Tapi sama jugak...
Dia tak datang pada aku...
Aku dah rasa ada yang tak kena..
Aku cari dia merata..
Kemudian aku ternampak sesuatu bawah kereta...

Tiger...
Dah mati...
Terbaring bawah kereta...
Sedih sangat....
Dia mati tanpa ada apa-apa kesan gigitan atau cedera kat badan dia...
Maybe sebab sakit...

Sayang Tiger selamanya.....


I miss this little baby.... T_T