Wednesday, January 26, 2011

Nak cerita sikit..

Tukar template baru..
This time guna hak blogger pulak..
Warna merah, ok tak?
Tak seram kan?hihi

Pejam celik dah nak habis bulan Januari..
Yang pasti Februari bakal menjelma..
Membawa kisah dan yang pasti pengalaman hidup yang baru..
Sejak aku mulakan hidup sebagai 'pekerja' dari tahun 2008 sampailah sekarang ni..
Setiap hari adalah hari yang baru buat aku..
Dan setiap hari pasti ada pengalaman baru yang aku dapat..
Dan aku bersyukur sangat, dalam kepayahan yang aku alami..
Rupanya banyak kemanisan yang aku dapat dari berkat kesabaran yang aku taburkan...
Syukran Ya Allah..

Dan pastinya aku berdoa..
Moga hari yang mendatang ni lebih baik dari hari-hari yang pernah aku lalui..
Dan pastinya aku doakan kesejahteraan untuk kalian juga...
Amin Ya Rabbal Alamin...

Oh ye, nak cerita sikit..semalam, nyaris tak eksiden..
Tiba-tiba ada kereta yang selamber drive dalam laluan aku dr arah yang bertentangan..
Dah la kiri kanan jalan tu hutan..nasib baik sebelah kiri jalan ada bahu jalan yang muat-muat untuk kereta aku yang kecik tu..
Kalo tak, malam ni agaknya mak aku dah buat kenduri tahlil untuk aku..tak pun berkemungkinan aku akan cacat seumur hidup...
Syukur Allah lindungi kami...dan yang paling aku bersyukur dan sedar..
Aku masih lagi bernyawa harini...
Tapi yang pasti, maut itu akan datang pada bila-bila masa sahaja..
Wallahualam....



p/s :: kalo syg terbaca post ni, sowi tak gitau semalam...
huhu..seram sejuk tak abis lg...ngeri siot!

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)