Thursday, January 27, 2011

Limau mandarin


Harini dapat limau Mandarin dari Guru Besar..
Dapat goodies bag, dalamnya ada 6 biji limau Mandarin, 2 air kotak dan sebungkus kacang...
Sisie Laosi... :)

Semalam aku beli perhiasan untuk Tahun Baru Cina untuk aku lekatkan dalam kelas...
Cantik tau, bling-bling lagi..
Hihihi..

Masa aku nak beli tu, aku perasan ramai yang gelak-gelak..
Dan dengar juga soseh-soseh...'dia nak raya juga agaknye..hihi'
Derrr...sabo jelahkan...suka ati aku le nak beli ape pon...

Lagipon benda yang aku beli tu bukan haram pun..
Cantik okeh..
Ada gambar rabbit dan juga tulisan cina yang aku sendiri pon tak paham..
Pakai bedal je beli sebab cute... :P

Bukan apa, aku nak bagi naik mood budak-budak ni belajar..
Bagi diorang semangat sikit sebab dah nak raya..
Diorang punyelah suka tengok rabbit yang aku lekatkan..
Aku pon suke jugak..hihi

Oh ye, aku nak amik kesempatan ni untuk ucapkan..
Gong Xi Fa Cai..
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada rakan-rakan kat sekolah ni...
Pada budak-budak kecik yang suka sangat main ni..
Dan juga pada semua yang menyambut perayaan ini..

Korang yang raya..
Aku yang seronok lebih..
Sebabnya aku dapat cuti seminggu...hahaha..
Holiday..yeay!


No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)