Monday, January 31, 2011

Inai itu di tangan..


Ye, inai itu ditangan..
Kalo di kepala tak tahu lah ape yang jadi..hahaha!

Inilah artwork aku for this end of January..
Kebetulan kawan aku bertunang..
So dia minta aku lukiskan inai kat tangan dia dan adik beradik dia yang lain..
Bukan lah free ye, aku buat kerja ni berbayar..
Aku tak amik mahal, untuk dua-dua belah tangan ni..
Aku letak harga RM15..
Tapi kalau kaki dan tangan, complete..
Aku letak harga dalam RM40..
Tak mahal kan?
Lagipun design aku jenis simple sahaja..
Tak pandai lah nak buat penuh macam orang India atau Arab selalu buat tu..
Lagipun aku just guna inai biasa sahaja..
Aku tak tahu macamana nak mix inai macam yang kedai bridal India selalu buat tu..
Korang tau?bagitau aku ek...hehe

Nilah hasilnya untuk semalam..

Ini tangan adiknya..


Ni tangan aku..hehe
Sebelah jelah boleh buat...
Ish...jari kontot-kontot...


Ini pun tangan adiknya..


Ini tangan kawan aku yang bertunang tu..

Aki ni masih dalam proses belajar lagi...
So banyak lagi cacat celanya..
Kadang tu bila tengah lukis tu..
Boleh pulak tangan aku shaking...
Sejuk semacam..
Tah pa pe je ek?
Sesape yang arif dalam bidang ni silalah beri tunjuk ajar..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..

Cewah!




p/s :: sebenarnya ada lagi gambar nak di download dari email dan di upload kat sini..tapi disebabkan connection berukband aku ni yang terlalu 'laju'...aku terpaksa batalkan niat suci murni itu...lain kali jelah...

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)