Friday, January 14, 2011

Harapan


Masa on da way balik tadi, aku sembang-sembang dengan kawan aku...
Pasal bab kahwin..hahaha!
Dia cite mak dia and sedara-mara dah bising sebab dia still tak berteman..
Kebetulan pula adik dia akan langsungkan perkahwinan pada Jun nanti..
Katanya sampai ada yang kata dia ni tak laku...
Bagi aku dia taklah buruk, ok je..kecil-kecil saja orangnya..
Kulit hitam manis..
Kira dalam kategori sedap mata memandanglah kot..(sebab bila jalan-jalan akan ade org buat bunyi cencorot kat dia..hihi)
Sape nak berkenalan boleh aku tolong kenenkan...sila-sila.. :P

Tahun ni, umur kami masuk 25 tahun..
Orang kata umur yang paling ideal untuk sorang perempuan mendirikan rumah tangga..
Ye ke?
Maybe sebab lebih matured dan boleh handle rumah tangga dengan lebih baik kot kan...?

Bila bab harapan pasal kahwin ni..
Pada aku..bukan tak teringin..
If aku kata aku memang nak sangat kahwin bunyinya macam gatal je kan?
But that's the fact bila perempuan bersuara soal kahwin..
Tapi bagi aku, nak kahwin bukan sebab gatal...but nakkan teman hidup..
Berkawan...Bertunang...Berkahwin...
Punya erti yang berbeza..dan juga pengalaman yang sangat berbeza..

Kadangkala aku tengok dalam hidup orang lain...mudah sangat perjalanannya..
Pas habis study kerja...pas dah kerja in 1 or 2 year's...they get married...
Mudahkan?lancar saja perjalanannya..
Then kadang-kadang...jauh dalam hati aku...
Ada juga suara-suara halus...
'kenapa hidup aku tak macam diorang?'
'kenapa terlalu banyak dugaan?'
'dan kenapa aku mesti menangis tiap kali tengok kawan-kawan aku kawen?'

Tak baik aku bersoal macam tu kan...
Aku tahu...tuhan takkan menduga seorang hambanya dengan dugaan yang berat jika hambanya itu tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut..
Dan pastinya setiap orang mempunyai jalan cerita or takdir masing-masing..
Aku redha..

But tak salah if aku letakkan bab 'Kahwin' sebagai satu harapan kan?hihi..



p/s: aku sedar..siapalah aku untuk dijadikan pilihan hati...... T_T


No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)