Thursday, December 29, 2011

Betul.......

JODOH itu rahsia ALLAH SWT..

/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥•

Thursday, December 22, 2011

Rupa Baru Duit Malaysiaku Tercinta

Korang mesti da tengok rupa duit baru tu kan...
Cantik kan...kan..kan..
Aku sangat berkenan dengan duit RM20 yang warnanya macam kuning jagung madu..hihi
Aku dengar radio pagi tadi kata...
Duit ni akan dilancarkan tengah tahun depan..
Excited i tawwww......hihihi

Ni rupanya..cantik kan...?

Duit syiling...teringat duit seringgit warna gold dulu...
So now 20sen dan 50sen dah ditukar ke warna gold..
So boleh la sesapa yang nak buat hantaran guna duit warna gold ni letak dalam peti harta karun...cantikkan..

 Hah ni favorite aku...kuning jagung...mcm eskrem jagung pulak..nyum2....
Nak tukar duit banyak-banyak ke duit RM20 nanti.....hahahahah


p/s :: gambar sumber carian google le..mana lagi.... :P

Wednesday, December 21, 2011

Aizat - Lagu Kita ( dengan lirik )

2012 is coming yaw!

Lagi seminggu lebih je dah nak masuk tahun baru...
Macam-macam cerita kuar pasal tahun 2012 ni kan..
Apa pun, kita sebagai umat Islam kena percaya..
Hanya Allah s.w.a je yang tahun apa yang akan terjadi..

Okeh2...apa pun hidup tetap perlu diteruskan...kan3...
Alhamdulillah tahun ni bertambah rezeki tuhan bagi...
Syukur sangat-sangat..

Tapi ada juga benda-benda penting yang tak tercapai..
Agak kecewa juga tak boleh nak tunaikan...
Takpelah, tolak ke tahun depan jelah ye..hihihi

Korang dah set azam untuk tahun depan?
Aku ngah fikir-fikir apa yang aku nak capai tahun 2012 ni..

Yang pertama..kahwin!
Jodoh memang lah di tangan tuhan..tapi kalo kita tak usaha mana 
nak jadi ye tak..lagipun tak salah kalau kita berusaha dan berharap
untuk sesuatu yang di redhai Allah kan..
kalo ikut perancangan zaman dolu kala, aku skang 
ni mungkin da ada anak sorang kot...hahahaha
Tapi yelah, takdir tuhan menentukan segalanya...
InsyaAllah...kalau ada orang berkenan, kahwin lah aku...ye....
Tapi macam takde tanda-tanda pun...syok sendiri ada lah...hahaha

Ok jangan asyik ingat nak kahwin je...
Umur makin meningkat...orang kata, makin bertambah umur..
Makin dekat kita dengan kubur...
So pasni kalo ada orang sambut birthday kita kena ucap...
Selamat Menambahkan Ibadah pada Allah..sebab da dekat ngan kubur..hahaha
Kasar lawak aku ye..
So bersama-samalah kita memperbetulkan mana yang tak bape nak lurus sebelum ni..
Allah tak pernah lupakan kita, cuma kita je yang selalu lupakan dia..
Kerdilnya diri ini.... :(

Hurm lagi ape ek?
Ha....aku nak jadi pekerja yang cemerlang!
Hahaha...bukanlah bermaksud sebelum ni tak cemerlang ye...

And last but not least....
Nak membahagiakan insan-insan yang aku sayangi...
Semestinya family dan ehem2...

Ni aje kot buat setakat ni....azam korang??
 


Friday, December 16, 2011

Blog Header

Seronoknya aku tengok blog header korang..
Comel- comel belaka..
Siap gerak-gerak lagi...membuatkan aku rasa nak cubit-cubit je screen laptop ni...
Hahahahhaahha!
Ala...jeles lah........... :(
Bilalah aku nak da masa create design header kat blog aku ni...
Nak juga lelawo macam korang punyer.......
Sape baik ati....buat le utk aku....hihihihi
 
p/s ::nak cari gambar ladybird yang tomey-tomey...huh!

Wednesday, December 7, 2011

Doa Buka Hati

Harini aku nak share pasal doa..
Doa ni untuk buka hati orang sayang kita dan untuk orang yang kita sayangi...

Wallahualam...

01. Allahumma nawwir quluubana binuuri hidayatika liyakuunal ghodhoba wal ’ajaba walhasada muhawwalaa ila nuuri rohmatika wahidaayatika
01. Yaa Allah, Terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMU, supaya kemarahan, kesombongan dan sifat kedengkian berubah menjadi cahaya rahmatMU dan petunjukMU.
02. Allahumma awzi’ naa anna ’iba bi annal ’afwa huwasabiiluttaqorrubi ilaika, wahdi quluubanaa linas-hula lanaa anna’ fuwa kulla man akhtho a fiinaa
02. Yaa Allah, Berilah kami pemahaman bahwa sesungguhnya memberi maaf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepadaMU & berilah petunjuk pada hati kami agar mudah bagi kami untuk memberi maaf pada orang yang salah pada kami.
03. Allahumma innaka ghofuururrohiim, faghfir lijami ‘i man akhthoa fiinaa fainnahum laa ya’ lamuun. Wahdinaa binuuri hidaayatika liyakuuna suu al akhlaaqi muhawwalaa ila nuurika
03. Yaa Allah, Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang, ampunilah setiap orang yang berbuat salah kepada kami, karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui-nya. Dan tunjukilah kami dengan cahaya petunjukMU agar akhlaq kami yang buruk berubah menjadi cahayaMU (petunjukMU).
04. Allahummaghfirlanaa djunuubanaa wabaa ’id bainanaa wabaina khothooyaanaa fainnahuu laa yaghfirudj djunuubana illaa anta
04. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari kesalahan karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.
05. Robbanaghfirlanaa djunuubanaa maa ’alimnaa minhaa, wamaa lam na’ lam
05. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami baik yang kami ketahui (sengaja) maupun yang tidak kami ketahui (tidak sengaja).
06. Allahummathmainna quluubanaa liyakuunaal khoufu wal hammu wal khosy-yatu haa ribatan sinnaa
06. Ya Allah, Berilah ketenangan pada hati kami  agar ketakutan, kesedihan dan kekhawatiran  jauh dari kami.
07. Allahumma nawwir quluubanaa hatta, nastathi ’a annufarriqolhaqqo minal baathil
07. Ya Allah, Terangilah hati kami hingga kami dapat membedakan antara yang haq dan yang bathil.
08. Allahumma baariklanaa wanawwir quluubanaa linastathi ’a annasy ‘uro anna hidaayatika taskunu fii quluubinaa
08. Ya Allah, Berilah keberkatan kepada kami dan terangilah hati kami untuk dapat merasakan petunjukMU didalam hati kami.
09. Allahumma nawwir quluubanaa linasy ‘uro annaka man ba ’urrohmati walmaghfiroti fiddunyaa wal aakhiroti
09. Ya Allah, Terangilah hati kami agar kami merasakan sesungguhnya Engkau pemberi rahmat dan ampunan di dunia dan di akhirat.
10. Allahummaj ’al nuuroka yunawwirus samawaati wal ardho wa jamii ’a harokaatinaa kamaa tardho
10. Ya Allah, Jadikanlah cahayaMU menerangi langit dan bumi dan setiap gerakan kami menurut yang Engkau ridhoi.
11. Robbanaftah hikmataka lijamii ‘i makhluuqoo tis samawaati wal ardhi liyakuunuu minal muhtadiin
11. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Bukakanlah pintu hikmahMU  (kebijaksanaanMU) untuk semua makhluk yang di langit dan di bumi agar tergolong kepada orang-orang yang mendapat petunjuk.
12. Allahumma baa ’idnaa min djhulmisy syaithooni wasyarrihi kamaa baa ’ad ta bainal masyriqi wal maghribi
12. Ya Allah, Jauhkanlah kami dari kezholiman syaiton dan keburukannya, seperti engkau menjauhkan antara timur dan barat.
13. Robbanaa aatinaa fiddunyaa hasanataw wafil aakhiroti hasanataw waqinaa ‘adjaabannaar
Aamiin yaa rabbal ‘aalamiin
Perkenankanlah ya Tuhan sekalian alam

Di copy dari --> http://hikmahislam.blogsome.com

p/s : selamat beramal...... :)

Sunday, December 4, 2011

Pengantin Berinai

Fuh..fuh..penat...
Baru lepas kejar kucing...hihihi
Hai u all...good morning..
Semalam kan, aku dapat job secara mengejut tau..
Tetiba kawan aku call kata dia nak berinai..
Nak nikah malam ni...katanya..
Aku pe lagi ngan sepantas kilat gi cari barang inai..
Sebab semua inai dan alatan ada kat Slim River..
So terpaksa guna inai yang aku tak penah guna..
Agak mengerikan pada mulanya..yelah sebab risau apa result inai yang baru aku beli tu..
Anyway setelah berhempas pulas..Alhamdulillah..
Berjaya juga...walaupun memula inai hujung jari tu jadi macam orang sakit gangrene...
Ala...gangrene...yang jejari jadi hitam tu...
So pe lagi..operasi cuci ngan sabun cuci kain le...
Heh..nasib baik boleh..kalo tak pengsan aku...huuu tatot...


Nilah resultnya..still gelap kan..tapi pengantin kata ok..heh!

So kepada Faizah atau Kak Yang..
Selaat Pengantin Baru..moga kekal hingga ke anak cucu cicit piot piat...bla..bla..bla..

Sunday, November 27, 2011

Suka nya lagu ni..

sukanya lagu ni...
kenapa kadang kala kita rasa ada sesetengah lagu sangat sesuai dengan situasi yang kita rasai sekarag?

Tuesday, November 22, 2011

Bila ia datang menjelma...

Sediakah aku nak lalui semua peringkat ni? Kamu? Sudah?

Entry ni aku jumpa dalam blog ni..

Aku dah mintak permission ye...hihihi..
 Timaceh tuan tanah.... :)

Anyway carta alir kat bawah ni memang sangat berguna kan...
Boleh buat checklist dari sekarang tau...hahaha
Aku? entah...hahaha

Sunday, November 20, 2011

Luahan Perasaan...teettttt!

Aku ngah bengang ni..
Ada dua hamba Allah ni, diorang dah berjanji ngan aku untuk guna perkhidmatan aku berinai and amik gambar..
Lagi dua tiga hari nak sampai date yang dijanjikan, bila aku confirmkan balik ngan diorang tup2 kata cancel...
Nasib la aku tanya, kalo tak tanya..........haish...
Tah apa punye manusia, kalo taknak just say taknak, bagitau awal2..
So tak payah la aku cancel hal2 lain awal2...
Ni lah yang aku kategori kan sebagai najis...
Heee...nyusahkan orang betol!!
Menci!!


p/s :: eh, braces aku da tukar getah tau...kali ni warna OYEN!!hihi...
sakit dow mase doc nak tanggalkan getah2 lama tu...and for next appointment doc kata akan tukar dawai tebal...so bermulanya kesakitan yang lebih sakit kot, sebab dawai tebal ni untuk tarik n susun gigi...huhu...takot pon ade..... :s

Wednesday, November 2, 2011

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

p/s :: touching...uhuk3.....kenapa perlu berlengah??

Friday, October 28, 2011

KIKI dan BOLAT

Ni miaw-miaw aku yang sangat tomey..
Sayang sangat kat miaw-miaw domok ni..
Selama aku bercuti seminggu ni..domok-domok ni lah
yang teman aku kat umah..
Tengoklah domok-domok ni tido...

Tengok la, anak lagi besar dari mak...hihi
Yang warna coklat-coklat tu namanya Bolat...
Grey n white tu namanya Kiki..
Kiki ni mak kepada Bolat..

Supermaakkkkk!!!
Terbangggggggggggggg!!!!!!

Monday, October 24, 2011

Braces Oh Braces....

Mesti semua orang tahu apa itu Braces kan?

Braces adalah besi-besi yang dipasang pada gigi untuk memberi sokongan dan bertindak untuk tarik gigi-gigi kita ni kepada susunan yang betul.. (teori sendiri..hahaha)

Buat pengetahuan korang,
Aku baru 3 hari start pakai braces..
Humaingaih....sakit doh..

Doktor panel aku ni sempoi je..
Doktor Melayu..
Mula-mula dia cek, kemudian tentukan mana nak tampal..
After that dia bagi harga..
Bila kita dah setuju, terus je dia start buat keja..
Cepatkan??

Debar gila hati ni weh..
Memula die korek-korek gigi aku ni..hihi
Kemudian dia mula start tampal lobang-lobang yang ada kat gigi aku ni..
6 batang gigi sumenye tau..hahaHAHA!
Kemudian dia cuci gigi..
Bukan cuci guna berus ok..cuci guna mesin...taklah rasa ngilu sebab dah ditampal lobang yang ada kan..
Tapi bila ditekan pada tempat-tempat yang tertentu..sangat le sakit woii!
Setelah siap, doktor pun start lekatkan besi-besi khas guna gam tertentu kat gigi aku ni...
Bila dah siap, dia suruh aku pilih warna getah yang aku nak..
Suka lah weh boleh pilih colour yang kita nak..so aku pilih warna pink..hahaha..ladies la sangat kan..
Dan last die pasangkan dawai yang melintang tu...
So siap.......pastu mulut aku macam nak nganga je sebab kekok nak tutup mulut..terasa macam jongang pulak..hahahaha..

Nilah hasilnya..

Gigi aku sangat jarang kan...
Nampak tak getah-getah pink iteww...hikhikhik (gedik!)

Mak aih...muka pucat!
Pipi tembun tu memang takleh lari ye..hahaha

Ok, tentang kosnya..disebabkan aku buat kat doktor private..so mahal lah sikit..
Nak buat kat hospital kerajaan diorang tak terima dah, sebab umur lebih dari had...
Katanya gusi dah keras...hahaha
Klinik doktor private ni...kalo korang nak buat, prepare lah dalam RM3500+++
Kalo ada cabut gigi lagi mahal kot...huhuhu

p/s:: ngah menahan sakit mulut ni....huaaaaa!!

Wednesday, October 19, 2011

Betul ke artikel ni?

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

p/s: ada la yang boleh diterima pakai....hihi..
yang penting aku sayang 'dia'.... :)

Wednesday, October 12, 2011

Mural wahai Mural..


Yeay dah siap mural aku..
Tema untuk kali ni adalah 'Mini Safari'..
Buat sorang-sorang je tau..
Nak melukisnya sonang je..kejap je dah siap..
Nak mewarnanya tu yang lama..
Aku amik masa dalam tiga minggu nak siapkan mewarna..
Itu pun amik masa petang-petang sahaja..
Anyway dah siap..
Yang penting budak-budak sangat sukakannya!!! Yeay!!!!

Dalam mural Mini Safari aku ni ada bermacam haiwan...
Macam kat bawah ni...
:
:
:

'Si monyet dan bird-bird'


Lagi....

'Si badak dan pink rabbit..'


'Zebra bolat...'


Tak lupa juga..
'Zirafah yang lonjong...'


Maka terjadilah satu bahagian...sila abaikan kertas background berwarna pink tu ye..
Itu hasil kreativiti kanak-kanak..heh!



Ok..ini gambar penuhnya..dinding ni terletak bahagian belakang disebelah dalam kelas aku..


And additional..aku baru je tambah sepohon kayu..
Eh bukan, sepohon pokok epal...dekat gajah dan singa itewww..

Eh tak lupa juga ada Mr. Kura-kura kat bawah tu....nampak??

Ok tak?

p/s :: arini ada org kata aku ni baru umur 20 tahun...muahaha...suke bebenor teman...
baby face katenye...hahahaha!
Sila jangan jealous..

Sekian!

Sunday, September 25, 2011

Sila Gelak!

Kalo korang rasa tak lawak....takpe...
Tapi aku rasa lawak sangat..hihihihihi
Budak comel ni sangat serius orangnya..
Sampai menari pon serius!




Walaupun die sangat takut bila tengok aku cekak pinggang..
Tapi aku tetap sayang budak ni...hihi..
Ha yang last dalam video ni, diorang try nak buat gaya robot..
Tapi da jadi macam dalam cite 'Drunken Master' le pulok!
Hahahaha!

p/s : don't take it serious, it just for fun~ chill!

Thursday, September 15, 2011

Jom Karok!

Korang penah dengar tak lagu ni?

Kau Tetap Dalam Anganku nyanyian Azie..

Lagu lama ni..
Tapi syiok juga...

Eh jom karok!



Eh aku nak pun nak juga.. T_T'



Macam berbisik je kan?
(takut orang sebelah marah....hahahaha)

Pe gelak2..tau lah suara i tak sedap..hahahaha

Wednesday, September 14, 2011

.....

nak tulis something...
but i have no idea...
sangat..sangat terasa kesunyian sekarang ni...
dear..i miss u...
...hurm...

Tuesday, September 13, 2011

comel kan.......... =)

Seperti tahun sebelum ni..
Aku dan juga cikgu akan sediakan aktiviti untuk anak-anak prasekolah kami buat persembahan pada malam anugerah cemerlang tahunan sekolah..
So for these year, kami latih anak-anak ni menari lagu Nobody dari Wondergirl..
Agak memeningkan kepala...
Tapi best tengok telatah bebudak ni..
Layankan video yang dah aku rakamkan..
Tapi dalam video ni tak ramai yang ada sebab ramai tak datang...
Sume gara-gara pesta tanglung..
(nanti aku upload persembahan Original Recipe From China pada malam pesta tanglung sekolah)




cute kan...

Thursday, September 8, 2011

Artikel yang buat aku tersenyum..wanita sangat istimewa kan?

Artikel ni aku cilok dari website kegemaran aku..

http://www.isuhangat.net

Baca sampai habis okey!

Dari Seorang Lelaki

Dari email blalang_group. Kredit kepada penulis asal.

Yang pompuan dah berkahwin tu ..hehehe pass pass kat hubby korang.

Teringat pasal satu story…seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut…ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.

Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .Lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..”awak sakit ke?”..tanya lelaki itu.. “tak lah”, jawab isterinya ringkas “kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam…


Balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI…….

“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, dia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

Best baca sampai abis!!!. It’s true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala selalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”,aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’ , tak tahu mana nak carik yang baru.

Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil…Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh seluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best
fren kita,sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker
nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi…penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!

So to all mums and wives out there… hidupku tidak bermakna tanpamu. Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut…

And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru
kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI…

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Sweet kan? Love banyak-banyak kat mak kite!

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Dan Freelance Job



Cemana ngan raya korang? Seronok?
Mesti beraya sakan ni..
Aku je yang tak bape nak best..
Orang syok raya sana sini, aku tak sihat..
Terperap kat umah..
Tapi..dalam sakit-sakit tu sempat gak aku amik beberapa job dalam bulan syawal ni..

Ape omputih kata...sharing is caring...
So sebab aku ni memang seorang yang caring... <--uwekk!
Aku nak share ngan korang job aku masa hari raya baru ni...

Berinai dan juga photoshoot pengantin..
Tak lah lawa mana pun...
Sila-silalah menjamu mata.. =)

Ok..ni customer pertama di hari raya~ sempena perkahwinan Puan Dalila....






Dan pengantin kedua~ Puan Mimie ( inai dan gambar pengantin)



Tu saja...takleh upload banyak-banyak gambar..hihi

Dan.....
Kepada kedua pengantin...
Aku ucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga...
Selamat berbahagia hingga akhir hayat..
Ameen...

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya semua!!
Dah hari raya ke-2 rupanya..
Sekejapnya masa berlalu kan..

Cemana dengan raya korang pada tahun ni?
Best tak? cukup glamour tak?
Hihi..aku biasa-biasa je..
Raya kali ni aku tak bape sihat la pulak..
Tapi alhamdulillah beransur baik..

Tema baju raya korang tahun ni warna apa?
Keluarga aku kununnya pakai baju berunsurkan hijau tahun ni..
Tah le kena ke tak baju aku ngan tema tu..hihi

Korang dapat duit raya lagi tak?
Aku dapat lagi tau...hehehe...
besh...
Tapi tak sebest masa kecik-kecik dulu kan..
Sekarang nak main bunga api pon da segan..memang tak la....hihihi


Ni gambar besama ngan beberapa orang sepupu and akak aku..
Yang lain tah kemana..
Nampak tak aku kat belakang tu...macam nak melekat ke dinding dah... =P

Ni aku le..hihi..
Selamat Hari Raya pada korang semua yang membaca blog ini..
Maap ye kalo ade korang terguris perasaan ke..
Terganggu emosi ke bila baca isi blog ni..

Dan tak lupa juga...

Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 54
Untuk negara Malaysia yang aku sangat cintai..
Moga negara kita sentiasa aman makmur sejahtera...
Usir je orang yang buta sejarah tu..
(tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia... =P)


Thursday, August 18, 2011

Henna Tangan Sendiri

Aku sangat suka berinai...
Lagi-lagi time nak raya..
Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu..
Malam raya, aku..kakak-kakak dan sepupu sepapat sume sebuk la nak berinai..
Beriya kami gi mintak daun inai kat jiran..
Akak aku yang rajin menumbuk inai..
Aku tolong pakai je..hihi

So now dah besar gini..
Still lagi minat aku pada inai tak luntur..
Kalo boleh nak selalu berinai..
Tapi sekarang ni dah moden kan..
Inai pun ada dijual dalam tiub je dah..
Tapi tak dinafikan ye, inai yang digiling tu lagi cantik dan tahan lama..

Okeh now ini cara aku berinai..
Tak tepek kat ujung jari dan buat bulat kat tapak tangan dah...
Ada bunga hokey!

Dan namanya sekarang...Henna Mahendi...(betol ke aku eja?)
Macam Hindustan ko...ekekek!


Okeh aku tau tangan aku memang gebuz ok..hihi
Ni selepas aku dah siap design henna...
Free style je...tak draft pun..


Dan ini result nya..Okeh tak?

Actualy sekarang aku dah mula sikit-sikit amik upah untuk henna atau inaikan pengantin...
Boleh la dapat income ciput..
Ape orang kata freelance ye..hihi

Eh...drop your comment yeah!
Thank You ❤

Wednesday, August 10, 2011

Beribu Sesalan

Lagu besh lagi~
Sedap lagu ni weh..
Tapi takleh le makan ye..



Lirik dia sangat mendalam ni...

Dengan itu aku pun cuba juga menyumbangkan lagu ini..<-- nak jugok~
Ehehe~ye suara saya tak sedap tapi nak jugak!



Blog aku kan...ske ati aku lew...
Hahaha~

Tuesday, August 9, 2011

Keching! Keching!!

Ahaks....ada dengar bunyi duit tak?

Aku tersengeh lebor je arini...
Yela...orang gomen dapat bonus!!!
Aku tahu pun melalui FB status kawan aku..
Kesian aku kan...nak tengok tv kat umah, tp cuma ada channel tv2 je...
Agagagaga~

Hehe.... =)
Walaupun separuh gaji..
Tapi syukur Alhamdulillah...
Ada perasaan gak diorang nak bagi kan..

But firstly..
Duit tu kena guna bayar hutang dulu..heh~
(agak2 ada diskaun tak?)

Ok la...pe pun...
Timaceh pada kerajaan Malaysia...
Saya suka sesangat nih!!!

* ni bukan muka aku

Tuesday, August 2, 2011

My Best Friend Wedding

Uhuk~uhuk...
Sedeynye...best friend aku da nak kawen...
Alahai....
Tak best la pasni takleh gedik-gedik ngan die dah...
Takleh la nak g karok same ngan die...(kalo pegi mesti die bawak laki kan?huk tak besh~)
Ape pun....aku happy juga...
Pas apa yang kami hadapi dari start abis belajar kat UiTM sampai sama-sama keja...
Siap dapat post yang sama lak tu...
Then now keja pon gred yang sama...tapi posting berbeza...
Haish..takleh nak tatap lah...
Punyalah banyak rahsia and kenangan kami bersama..

Then now dia nak kawen...
Aku tumpang bahagia...
Walaupun sebenarnya sedey!
Nanti pada hari perkahwinan dia, aku yang akan amik gambar...
Haish mau menitik air mata ni nanti kot...

Ni kad jemputannya...
Eh aku takleh jemput korang ye...sebab bukan aku yang kawen..hehe


Sempat gak dia tanya kat aku...
Ko bila?
Aku?aku tunggu mampu beli ferrari sebijik baru boleh kawen..hahaha T_T

Korang tolonglah doakan aku cepat-cepat naik pelamin ye...
Mana tau berkat bulan Ramadhan ni kan.... =)

Hehe...anyway...Selamat Pengantin Baru Mimie!!!!!!!!

Sunday, July 31, 2011

Puasa :)


Salam Ramadhan untuk semua..

Harini 1 Ramadhan..
Puasa penuh ok! ('kekita' terkecuali lah ye...hehe)

Bila tiba bulan Ramadhan, aku teringat pada arwah nenek, atok and opah yang dah lama tinggalkan kami...aku rindu..

Seronok sangat masa kecik-kecik dulu kan..

Dapat puasa sama-sama dengan semua adik beradik...mak abah...
Pergi terawikh dengan mak...
Ya Allah....rindunya....
Sekarang boleh juga....tapi weekend jelah..

Kecik dulu,, mercun mesti takleh tinggal setiap kali bulan puasa...
Moreh kat masjid...
Pergi berbuka ramai-ramai dengan kawan-kawan..
Qiamullai..

Bila dah start duk asrama..
Berbuka ramai-ramai...satu dewan makan baca doa beramai-ramai...
Pengalaman kat UiTM lagi..
Ya Allah....rindunya aku pada semua tu...

Tapi sekarang, dah hidup bujang..
Berpuasa jauh dari mak abah...
Sian mak abah berbuka berdua je kat umah...
Walau kadang-kala makanan untuk berbuka tu sama juga macam makanan kat umah mak...
Tapi tak sama...
Ya Allah...sampai bila nak hidup macam ni...

Sedihnya.. :(


"Ya Allah...padamu aku bermohon....semoga segala Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya....Terimalah ibadah kami..Panjangkanlah umur ibu bapa kami...adik beradik kami...saudara mara kami dan sahabat kami...Berikanlah kesihatan yang baik kepada kami...Murahkanlah dan berkatilah rezeki yang kami perolehi....Ameen"


Thursday, July 21, 2011

Yeyeh rombongan!

Penatnye weh...
Aku ni baru je balik dari bawa anak-anak prasekolah pegi rombongan...
Kami pegi ke Zoo Negara dan juga Pusat Sains Negara..
Best tapi penat gile nak handle anak-anak ni...
Bukannya tahu duk diam..
Semua nak di teroka...

Ok layankan je gambar-gambar ni ye...


Ni je yang sempat bergambar sama-sama..
Yang lain tah ke mana..

Fenny..cool aje masa kat zoo..


Taqifah yang comel..


Budak nakal naik train..elok pun..hahaha



Makan budak...hahaha



Fenny yang terjerit-jerit takutkan dinosaur...

Ni je yang aku boleh upload...malas...nak tido..papai