Wednesday, December 8, 2010

Second LadyBird Touch

Dah seminggu kot aku tak update blog ni, berikutan sedikit masalah pada netbook dan internet aku, tak tau lah kenapa. Pening kepala teman memikiornye, tak cukup ngan kepala aku, aku suruh cyg aku memikiornye same..hahaha! Cukup-cukup, sedikit introduction yang sengal. Cerita sikitlah ye, dulu aku selalu gunakan nama ain art work dalam setiap kerja aku, kira macam branding lah. Tapi sekarang cuma ain sahaja kot. Hehe branding tu taklah penting sangat kan, yang paling penting hasil kerja yang aku keluarkan.

Ok, now aku nak tunjukkan hasil kerja aku yang kedua. Nama pengantin kali ni aku ingat,hehe...kak Tini dan juga suaminya Amin. Diorang ni ok lah, senang untuk aku bekerjasama, rela dan ikut apa saja yang aku suruh diorang buat. Temanya warna ungu, cantik juga. Lokasi kenduri ni di Selama Perak, agak jauh nak masuk ke dalam, tapi yang bestnya kawasan rumah dia terletak berdekatan dengan sungai, cantik tau. Akak ni cuma nak aku ambil gambar dan buat sticky album, jadi taklah banyak keja editing yang aku perlu buat, cuma repair sikit-sikit sahaja yang mana perlu. Aku ni taklah pandai ambil gambar sangat, silalah sudi-sudi melihat hasil kerja aku ni ya..

Adik dia kata bibir dia macam Angelina Jolie..hihi~

Mak andam tu kawan aku, masa ni dia dah 8 bulan nak masuk
9 bulan kandungan babynye.


Posinglah kak oi...hihi

Senyum.... =)

Pelamin warna ungu dan gold, cantik juga kan?


p/s: Kenapa tak boleh letak ganbar lebih dari 5 keping ek? Rasanya blog aku yang dulu banyak je gambar dalam 1 posting...Aiyak!




No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)