Tuesday, December 14, 2010

Pengalaman Hidup Aku Hingga 2010

'Saat yang bahagia, datang sekejap saja...'..korang penah dengar lagu ni? Hehe...aku bukan nak menyanyi kat sini, kalo korang dengar aku nyanyi pun sure korang leh muntah darah..hahaha!

Tiba-tiba aku terkenang kenangan-kenangan yang aku lalui dalam hidup ni. Korang pun mesti pernah ada kenangan manis dan yang tak berapa nak maniskan? Jom baca cerita aku....

  • masa zaman sekolah-sekolah dulu, sekolah rendah aku tak berapa nak best, aku suka masa sekolah menengah dekat Ipoh dan juga sekolah teknik dekat seri iskandar botey. Best sangat tau, masa kat sekolah dekat Ipoh aku ni pengawas, kira agak poyo lah sedikit kan...dengan tie nye, dengan skirt biru dan putihnya. Kiranya bila jadi pengawas ni menyerlah la sikit dari orang lain kan. Semua aktiviti aku nak join, orang main hoki aku nak main hoki, orang main bola tampar pun aku nak juga...macam-macam lah. Kemudian masa dekat sekolah teknik, pengalaman baru untuk aku sebab duduk asrama. Mula-mula tu tak best sebab asyik-asyik senior panggil buat perhimpunan haram. Bayangkan pekejadahnye kul 3 pagi duk berhimpun. Tapi bila aku dah jadi senior, aku taklah balas kat junior macam tu, kiranya aku ni senior yang baik lah kan..hahaha..Masa aku duk asrama ni, aku de sorang kawan baik yang suka ajak aku pegi skodeng, hehehe...masa ni mula dah unsur-unsur kegatalan, konon suka kat orang tu lah...orang ni lah...haish macam-macam hal lah yang kitorang buat. Tapi yang tak boleh aku lupa sekali bila first time nak kena pegang orang tengah histeria, gigil juga tangan aku, tapi pura-pura berani juga..takut hantu tu berkenan kat aku pulak..hehehe.
  • masa aku belajar dekat UiTM, aku ni banyak main. Suka jalan-jalan pegi cafe lah, jalan merata blok yang ada dengan geng-geng aku dan macam-macam lagi. Tapi kami ni bukan lah budak yang sosial, just suka jalan-jalan dalam UiTM tu. Tapi bila masa untuk study, kami rajin juga buat study group. Penah sekali tu, masa tengah study group, tiba-tiba kawan aku terdiam sebab dia nampak hantu melintas dekat pintu kelas yang kami duduk tu. Ape lagi lintang pukang le lari, aku pun tak pecaya aku boleh lari selaju tu, dalam masa beberapa minit je aku leh turun dari tingkat 3 ke bawah...hahaha! Masa kat UiTM ni agak banyak juga cabaran buat diri aku, pengalaman kena kejar dengan anjing masa dekat kampung orang asli, kena maki dengan lecturer, kena marah dan kena halau masa buat survey, macam-macam lagilah...tabah sungguh Miss LadyBird ni..hehehe..Tapi kadang tu bila aku terkenang balik, aku betul-betul rindukan zaman 3tahun aku belajar kat UiTM, rindu kawan-kawan dan suasana bilik kuliah...hurm.
  • lepas je aku habis UiTM aku terus kerja, untungnya menjadi aku sebab aku tak pernah merasa untuk menganggur. Alhamdulillah, start from bekerja as a supervisor untuk student survey, kemudian aku jadi fasilitator pergi ke kampung-kampung untuk program celik IT. Seronok sangat, masa ni aku belajar macamana nak berinteraksi dengan orang ramai. Setelah beberapa bulan, bermulalah kisah hidup aku yang terlampau banyak mengajar aku tentang kehidupan.
  • Aku berhijrah ke Kuala Lumpur dengan 3 lagi sahabat aku, kami bekerja di tempat yang sama, aku diberi tugas as a project manager associate, kami kerja kat sebuah company yang kalau aku sebut sure sume orang tahu so tak payah sebut..hehe. Kami tinggal serumah, rumah flat yang area bawahnya banyak tikus sebesar kucing (seriously kucing pun takut dengan tikus-tikus tu..)Kami tinggal di tingkat 13, tinggi woo....but from up there we have a very nice view..sangat cantik pemandangan KL pada waktu malam, dengan lampu dari KLCC, KL tower..masa tu ada lagi Eye On Malaysia..cantik sangat. Disinilah bermulanya aku belajar tentang dunia yang sebenarnya, yang kadang-kala boleh buat aku lupa diri. Kenal dengan manusia-manusia yang bertopengkan manusia. Tragik sungguh hidup aku masa tu..hihi. Tapi siapalah aku kalo takde pengalaman hidup semua ni kan. Tak sanggup aku nak lalui semua tu kembali, and if someone ask me to stay in KL again, my answer is 'NO'.
  • then after 2 years melalui hidup yang penuh pancaroba, Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yang lebih baik dimana aku bediri sekarang ni, dengan kehidupan yang lebih baik, dengan orang-orang yang lebih baik. Dalam erti kata lain, semuanya baik belakalah. Aku pun happy sekarang, takde serabut dengan masalah macam dulu. Dahi aku pun tak berkerut je, sekarang ni asyik tersenyum melayan kerenah kanak-kanak (dengan harapan aku jadi awet muda dan sentiasa comel macam budak-budak ni..heheheh). Kini hidup aku tertumpu pada beberapa matlamat je, dan aku juga sedang belajar bahawa dalam kehidupan, kita mesti menyayangi diri kita dahulu sebelum kita mahu menyayangi diri orang lain.
Sebenarnya aku bukan saja-saja menulis semua kenangan ni, it just to remind me about what i have done since i know what the meaning of the real life until now. Aku berharap pada tahun baru yang akan datang ni, semuanya menjadi lebih baik. Dan apa yang aku rancangkan dan inginkan menjadi kenyataan. Amin......

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)