Monday, December 20, 2010

Pagi Yang Berkabus

'Fuuhhh sejuknya!' kataku didalam hati sambil menggaru-garu idung yang tak gatal. Aku meneruskan perjalananku dengan menaiki kereta Comel dan Comot ke sekolah dengan perasaan yang amat malas. Ku lihat beberapa kereta memintas ku laju tanpa menghiraukan had laju yang ditetapkan. Dengan iringan keriuhan Riuh Pagi Di Era, aku memandu secara berhati-hati. Terpisat-pisat mataku untuk memastikan aku berada di lorong yang betul, risau juga takut-takut aku terbabas akibat daripada penglihatan ku yang tidak berapa jelas di subuh hari ini.

Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang laju memintas ku. Kelajuannya boleh kukatakan sepantas kelajuan cahaya. 'Wow!what the hell is that?!' kataku dengan penuh rasa keterkejutan. Cahaya itu berpusing-pusing dan berterbangan ke langit. Secara tiba-tiba cahaya itu seolah-olah menuju ke arah keretaku yang Comel dan Comot. 'Oh God!' takutnye sayeee....apekah itu??'

Peeekkk! cahaya itu tereksiden di cermin hadapan keretaku..lorh..kunang-kunang rupanya...aku ingatkan UFO mane tadi...cess!

Aku meneruskan perjalananku dengan perasaan yang tenang. 'Banyak juga kereta subuh-subuh ni ek?' aku bersoal seorang diri didalam hati. Secara tiba-tiba, tah dari mana datangnya seekor makhluk landing di tengah jalanraya. Semua kenderaan menekan brek secara mengejut, termasuk akulah kan. Kami semua terpinga-pinga melihat makhluk setinggi KLCC itu di tengah jalanraya. Mukanya tak ubah macam T-Rex, badannye berwarna hijau, matanya kemerah-merahan, kukunya sangat tajam, bersayap macam naga dalam cerita dongeng. Kami semua ketakutan, makhluk itu memandang kami dengan jelingan yang daring sekali.

Tiba-tiba angin bertiup kencang, kami semua keluar dari kereta dan cuba untuk melarikan diri, sebab kereta semua dah kena block. Semua orang berada di dalam ketakutan, kabus tebal menyelubungi kami. Dari samar-samar kabus itu kami baru terperasan, tah dari mana munculnya...'ULTRAMAN!!!!'

Ultraman tersebut melawan makhluk pelik itu. Kami terpukau dengan aksi OngBak yang dilakukannya. Makhluk itu cuba melawan tetapi tidak berjaya. Kami bersorak melihat perlawanan tersebut sambil menyanyi lagu 'Kejor Yop Kejor' (apetah kaitan lagu ni ngan Ultraman?). Tiba-tiba kedengaran bunyi beep!beep!beep!, alamak Ultraman sudah menjadi lemah, Ultraman rebah mencium bumi. Makhluk itu seperti mendapat kekuatan baru, makhluk itu menggoncang-goncangkan kepalanya, air liurnya merembes ke sana sini...eeuuuwww!

Terasa sejuk muka ku..lorh, hujan renyai-renyai rupanya. 'Ces, lupa nak tutup cermin tingkap, heh boleh pulak aku berkhayal pepagi buta ni'.. aku pun meneruskan perjalanan ku ke Slim River dengan hati yang ceria..ye sangat ceria.. T_T'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s: please jangan marah aku... =P

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)