Wednesday, December 8, 2010

Kata Hati

Bukan untuk dikasihani atau mendapat perhatian
Cuma luahan hati tatkala rasa dipinggirkan

Siapa aku untuk mengisi ruang kekosongan itu
Siapa aku untuk dikenang setiap waktu

Saban waktu bila terkenang hati menangis

Saban waktu bila terkenang rasa terguris

Kadangkala datang kemahuan itu
Pastinya aku pilu

Lagak mereka aku amati
Terasa kemahuan itu didalam hati

Tetapi siapa aku untuk mendapat setiap kemahuan itu
Siapa aku untuk kemahuanku dituruti

Layakkah aku?
Adakah yang sudi?


Harapanku akan ada pelangi selepas hujan

Kerana aku disini sentiasa menanti segala jawapan



p/s: takde kena mengena dengan sesiapa pun, cuma sebuah tulisan.

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)