Thursday, December 16, 2010

DIY Widget


Korang pernah buat widget sendiri tak? Pernah cuba? Nak cuba? Meh aku ajarkan nak? Widget yang aku maksudkan ni adalah widget seperti 'Welcome to My Blog'.. 'Jemput Masuk'..'Sila Follow Saya' dan banyak lagi macam yang korang boleh dapat secara free di internet tu. Ok aku bagitahu bagaimana caranya ya..

First sekali, korang cari gambar yang korang mahu jadikan widget contohnya macam aku, aku mahukan gambar LadyBird.

Contoh 1 :

Ok, kemudian edit sedikit gambar tersebut seperti yang korang mahukan..

Contoh 2 :
Selepas itu, tambahkan wording yang korang mahukan. Korang juga boleh menggunakan gambar lain untuk ditambah pada gambar yang telah korang edit tadi. Disarankan buat editing menggunakan Adobe Photoshop ye, dan jangan lupa save menggunakan .GIF dan interlace supaya tiada background pada gambar yang telah diedit.

Ini contoh yang telah aku buat.

Contoh 3 :
Menarik tak?hihi..

Ok after siap, setkan gambar pada saiz yang bersesuaian, seperti contoh yang aku gunakan : 250x250.

Selepas itu, korang kena save kan widget yang korang dah buat ke dalam photobucket. (aku suggest photobucket sebab aku tahu yang ni je..hehe) dan ambil direct link gambar yang telah korang save dalam photobucket tersebut.

Kemudian korang search widget free kat internet dan ambil coding yang digunakan. Edit sedikit dengan menggantikan link gambar yang digunakan dengan link gambar korang yang telah korang save sebentar tadi.(cara ni khas untuk orang macam aku yang tak pandai pasal coding sume tu... =P)

Letakkan coding yang sudah diedit tadi pada design template blog sepertimana korang letak coding untuk shoutbox dan macam-macam lagilah (aku tau korang pandai..so takyah explain lebih-lebih).

Dan 'save'....siap!! Sila lihat sebelah bawah blog aku, ada widget yang aku buat tadi kan? Kalau tak keluar itu maknanya ada masalah pada internet korang..hihi.

Kelebihan korang buat widget sendiri ni, korang boleh tulis dan letak apa sahaja gambar yang korang nak, contohnya macam widget pada blog lama aku ni..

Contoh lagi :
Siap ada gambar aku lagi..hehe..Ok, selamat mencuba.

p/s: sorry kalau penerangan aku tak cukup lengkap.

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)