Monday, November 29, 2010

Kamera dan Software

Sebelum aku tunjukkan hasil kerja aku, aku nak cerita pasal kamera dan software yang aku gunakan . Untuk ambil gambar semua ni, aku gunakan Sony Alpha a230. Murah je, gambar pun taklah sebaik kualiti yang datang dari kamera Nikon, Canon dan juga Alpha series yang lebih baik dari ni. Niat dihati nak juga angkat kamera-kamera yang bagus, tapi ini pun dah memadai pada aku atas sebab-sebab tertentu =P . Ok berbalik kepada kamera a230 aku ni, ianya ringan je, cuma 10.2 megapixel. Function yang ada pun simple, sesuai untuk beginner macam aku ni. Aku takde lah pula ambil kursus kat mana-mana, just belajar sendiri dari free tutorial kat web. Tapi kadangkala mendatangkan masalah juga bila nak memahami sesuatu yang agak rumit tentang penggunaan kamera ni. Dalam erti kata lain, kena rajin search dan cari infolah. Nilah kamera yang aku gunakan.

Selain dari ambil gambar, aku juga edit segala gambar yang aku ambil ni. Kebanyakannya aku gunakan Adobe Photoshop CS3. Sebab aku rasa aku lebih kreatif bila menggunakan PS ni...muahaha perasan! Penggunaan Adobe Photoshop pun aku belajar sendiri dari tutorial yang ada kat web, jadi kepada sesiapa yang nak belajar tu silalah rajin-rajin search tutorial. Dan sesiapa yang dah mahir tu bolehleh memberi tunjuk ajar ye. Tapi, kadangkala bila datang penyakit 'M', aku akan gunakan Picnik (http://www.picnik.com). Sangat mudah dan menarik tau, semuanya dah tersedia, cuma pilih dan click sahaja. Selain dari yang aku perkatakan ni, ada juga cara lain nak edit gambar, macam yang ramai orang dah tahu, Picasa..Adobe Illustrator..Lightroom dan sebagainya. Kepada yang suka edit-edit gambar tu, bolehlah berkongsi-kongsi idea atau tutorial yang best kat web ye.. :)

No comments:

Post a Comment

Sila conteng-conteng kat sini =)