Tuesday, November 30, 2010

First Ladybird Touch

Hokey, now i'm gonna show you all...'My First Touch'. Inilah hasil kerja aku yang pertama. Mak gigil nyah! hehehe...Seriously memang gigil habis waktu tu, yelah dalam otak aku ni asyik fikir kalau-kalau tetiba je aku pengsan ke, kamera not functioning well ke, file corrupt ke..wah sangat takut ok. Dah lah aku ni memang takde basic langsung ambil gambar untuk wedding, kalau suka-suka banyaklah. So disinilah segalanya bermula, my first customer ni dari Selama Perak. Jauh weh, lama juga perjalanan nak kesana. Dalam takut-takut tu aku excited lah juga sebab first experience kan. Aku dah lupalah nama pengantin ni, haish banyak makan semut!

Masa ni aku risau sangat, sebab aku masih tak pandai nak bermain dengan flash, menyesuaikan ISO dengan cahaya yang ada, dan macam-macam lagilah. Pada malam nikahnya dibuat dimasjid, oleh sebab pengalaman pertama so aku agak segan nak memintas depan orang untuk ambil gambar secara dekat dengan pengantin. Mak i tak ajar pintas lalu lalang depan orang tua hokey! Lagi segan sebab aku perempuan, lalu lalang depan pakcik makcik, adoyai lemah lutut aku. Tapi aku cuba juga buat yang terbaik. Esoknya pula, hari bersanding, naik risau aku bila aku tengok pelamin die kat luar rumah, kawasan nak ambil gambar pun agak sempit, hujan pulak tu! Mulalah pikir mana aku nak mencelah cari angle untuk shoot gambar. By the way, finally siap juga semuanya. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan lancar.

Untuk customer ni, aku ada buat custom album. Aku rasa custom album itu sangat huduh. Kadang tu timbul juga rasa menyesal dan bersalah kat pengantin tu. Tak tahulah apa yang diorang katakan. Anyway i learn something from this. So now aku sajikan korang dengan gambar-gambar hasil kerja aku yang pertama, 'My First Touch'.


Ok thanks sebab senyum..haha!

Aku rasa background ni tak sesuai untuk gambar ni kan? Tapi kenapa waktu aku buat tu aku rasa macam cantik je.. ~_~'

Kalau korang perasan background nia ada kat tv, iklan apa tah aku tak ingat!

Main tepek je.... -_-'

Sekian, terima kasih =P


2 comments:

  1. mokcik... buat shoutbox la... ish...

    mokcik... bile nk jumpe aku?

    mokcik...bile nk install aku punya photoshop?

    mokcik... bleh buat cover utk aku x?

    mokcik... meh buat kolaborasi utk novel2 aku...

    mokcik..mokcik~~~~

    ReplyDelete
  2. berapa byk mokcik daaa....senin next week aku coti, leh le aku jumpa ko ye...photoshop tu aku tak dpt lg installernye..berat benor...hiks!

    ReplyDelete

Sila conteng-conteng kat sini =)