Tuesday, November 30, 2010

First Ladybird Touch

Hokey, now i'm gonna show you all...'My First Touch'. Inilah hasil kerja aku yang pertama. Mak gigil nyah! hehehe...Seriously memang gigil habis waktu tu, yelah dalam otak aku ni asyik fikir kalau-kalau tetiba je aku pengsan ke, kamera not functioning well ke, file corrupt ke..wah sangat takut ok. Dah lah aku ni memang takde basic langsung ambil gambar untuk wedding, kalau suka-suka banyaklah. So disinilah segalanya bermula, my first customer ni dari Selama Perak. Jauh weh, lama juga perjalanan nak kesana. Dalam takut-takut tu aku excited lah juga sebab first experience kan. Aku dah lupalah nama pengantin ni, haish banyak makan semut!

Masa ni aku risau sangat, sebab aku masih tak pandai nak bermain dengan flash, menyesuaikan ISO dengan cahaya yang ada, dan macam-macam lagilah. Pada malam nikahnya dibuat dimasjid, oleh sebab pengalaman pertama so aku agak segan nak memintas depan orang untuk ambil gambar secara dekat dengan pengantin. Mak i tak ajar pintas lalu lalang depan orang tua hokey! Lagi segan sebab aku perempuan, lalu lalang depan pakcik makcik, adoyai lemah lutut aku. Tapi aku cuba juga buat yang terbaik. Esoknya pula, hari bersanding, naik risau aku bila aku tengok pelamin die kat luar rumah, kawasan nak ambil gambar pun agak sempit, hujan pulak tu! Mulalah pikir mana aku nak mencelah cari angle untuk shoot gambar. By the way, finally siap juga semuanya. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan lancar.

Untuk customer ni, aku ada buat custom album. Aku rasa custom album itu sangat huduh. Kadang tu timbul juga rasa menyesal dan bersalah kat pengantin tu. Tak tahulah apa yang diorang katakan. Anyway i learn something from this. So now aku sajikan korang dengan gambar-gambar hasil kerja aku yang pertama, 'My First Touch'.


Ok thanks sebab senyum..haha!

Aku rasa background ni tak sesuai untuk gambar ni kan? Tapi kenapa waktu aku buat tu aku rasa macam cantik je.. ~_~'

Kalau korang perasan background nia ada kat tv, iklan apa tah aku tak ingat!

Main tepek je.... -_-'

Sekian, terima kasih =P


Monday, November 29, 2010

Kamera dan Software

Sebelum aku tunjukkan hasil kerja aku, aku nak cerita pasal kamera dan software yang aku gunakan . Untuk ambil gambar semua ni, aku gunakan Sony Alpha a230. Murah je, gambar pun taklah sebaik kualiti yang datang dari kamera Nikon, Canon dan juga Alpha series yang lebih baik dari ni. Niat dihati nak juga angkat kamera-kamera yang bagus, tapi ini pun dah memadai pada aku atas sebab-sebab tertentu =P . Ok berbalik kepada kamera a230 aku ni, ianya ringan je, cuma 10.2 megapixel. Function yang ada pun simple, sesuai untuk beginner macam aku ni. Aku takde lah pula ambil kursus kat mana-mana, just belajar sendiri dari free tutorial kat web. Tapi kadangkala mendatangkan masalah juga bila nak memahami sesuatu yang agak rumit tentang penggunaan kamera ni. Dalam erti kata lain, kena rajin search dan cari infolah. Nilah kamera yang aku gunakan.

Selain dari ambil gambar, aku juga edit segala gambar yang aku ambil ni. Kebanyakannya aku gunakan Adobe Photoshop CS3. Sebab aku rasa aku lebih kreatif bila menggunakan PS ni...muahaha perasan! Penggunaan Adobe Photoshop pun aku belajar sendiri dari tutorial yang ada kat web, jadi kepada sesiapa yang nak belajar tu silalah rajin-rajin search tutorial. Dan sesiapa yang dah mahir tu bolehleh memberi tunjuk ajar ye. Tapi, kadangkala bila datang penyakit 'M', aku akan gunakan Picnik (http://www.picnik.com). Sangat mudah dan menarik tau, semuanya dah tersedia, cuma pilih dan click sahaja. Selain dari yang aku perkatakan ni, ada juga cara lain nak edit gambar, macam yang ramai orang dah tahu, Picasa..Adobe Illustrator..Lightroom dan sebagainya. Kepada yang suka edit-edit gambar tu, bolehlah berkongsi-kongsi idea atau tutorial yang best kat web ye.. :)

Thursday, November 25, 2010

Yes berjaya!

Apa yang berjayanya ya..poyo je haku. Dah lama aku tak mengarut kat dalam blog, so now aku teringin lah nak berblog kembali. But this time lebih kepada meletak hasil kerja aku untuk rujukan aku dan juga orang-orang yang mungkin berminat(konon ada peminat)..hak..hak..hak! It just a simple blog with my story, feeling, opinion dan macam-macam lagi. So if ada orang yang terbuka dan terbaca blog ni. Terima kasih diucapkan lah ya. Dan silalah tanpa segan silu meninggalkan komen setelah habis membaca ya, lagi-lagi komen-komen yang membina, lagilah dialu-alukan. Again, terimas!