Wednesday, December 29, 2010

Aku Lukis Henna

Korang pernah melukis atau di lukis henna kat tangan tak?
Jumaat ni InsyaAllah aku g melukis henna..
Tak tau lah cantik ke tak...
Masuk yang ni baru orang ke 7 yang aku lukiskan henna..
Design? bantai je ikut suke hati aku...huahuahua!!
(pergh buruk pompuan ni gelak..!)

Yang ni baru je kejap tadi aku lukis..
Seperti biasa before aku design henna kat sesiapa..
Aku akan testing kat tangan aku sendiri dulu..




Ok tak weh? i know...i know...jangan lah gelak dengan kemontokkan jari aku tu...
Montok-montok pon sedap mencubit tau...hahaha

Aku rasa warna inai yang aku beli kali ni tak berape cantik sebab nampak macam gelap semacam...huh macam taik je aku tengok... T_T
Dah le lubang tiubnye beso...yang keluarnye pon beso-beso belaka...huu...jadik le design segedabak gitu...memang fail inai yang aku try ni..
Beli yang lain lah...huuu menci!


p/s: harap-harap datanglah idea yang melimpah ruah Jumaat ni...



Monday, December 27, 2010

Kucing Itu Cat

Memperkenalkan 3 ekor anak rimau yang comel!!
Heheh aku tipu..salah spesies..
Anak kucing yang sangat nakal dan comel...!!
Sangat pandai buat slide atas lantai yang berair..
Menjerit macam kena dera time shower..
Sangat kuat makan!
Sangat manja..
Suka tido atas riba..
Ada seekor jantan, dan dua betina.


Look, mereka memang sangat pandai posing...
Gambar ni semasa mereka baru sebulan..


1st one names Boolat, the reason why nama dia Boolat sebab antara 3
ekor ni badan dia paling bulat dan gebu..walaupun die jantan
tapi dia sangat sopan, suara halus...hihi


2nd is Tiger, why nama dia Tiger sebab walaupun dia betina tapi
dia sangat nakal antara 3 ekor ni, sangat lincah..pantang dapat
jari orang semua nak di gigitnya..


And the 3rn one is Putih, betina..manja yang amat sangat. Belai-belai sikit
dah lentok.. Badan kecik je, tapi kuat makan. Suara dia yang paling
nyaring antara 3 ekor ni...Last week, aku terkejut tengok dia balik umah
dengan mulut berwarna oren...tah sapa bagi dia makan kari ikan..
hahahaha!


Haha! Playtime....look they are so cute, play with their sweet mom..



Sweet kan..macam ni lah mereka tido..Gambar ni
masa mereka dua bulan lebih.

Rindu kat miaw2 aku..pagi tadi masa aku nak gerak balik ke Slim River,
tiga-tiga ekor ni tengok je...I know u all tanak I balik Slim kan...uhuhuk...
I pon tanak balik gak.. =P


p/s: kucing pun sayangkan anak..manusia boleh pulak buang-buang anak..sangat kejam..

Monday, December 20, 2010

Pagi Yang Berkabus

'Fuuhhh sejuknya!' kataku didalam hati sambil menggaru-garu idung yang tak gatal. Aku meneruskan perjalananku dengan menaiki kereta Comel dan Comot ke sekolah dengan perasaan yang amat malas. Ku lihat beberapa kereta memintas ku laju tanpa menghiraukan had laju yang ditetapkan. Dengan iringan keriuhan Riuh Pagi Di Era, aku memandu secara berhati-hati. Terpisat-pisat mataku untuk memastikan aku berada di lorong yang betul, risau juga takut-takut aku terbabas akibat daripada penglihatan ku yang tidak berapa jelas di subuh hari ini.

Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang laju memintas ku. Kelajuannya boleh kukatakan sepantas kelajuan cahaya. 'Wow!what the hell is that?!' kataku dengan penuh rasa keterkejutan. Cahaya itu berpusing-pusing dan berterbangan ke langit. Secara tiba-tiba cahaya itu seolah-olah menuju ke arah keretaku yang Comel dan Comot. 'Oh God!' takutnye sayeee....apekah itu??'

Peeekkk! cahaya itu tereksiden di cermin hadapan keretaku..lorh..kunang-kunang rupanya...aku ingatkan UFO mane tadi...cess!

Aku meneruskan perjalananku dengan perasaan yang tenang. 'Banyak juga kereta subuh-subuh ni ek?' aku bersoal seorang diri didalam hati. Secara tiba-tiba, tah dari mana datangnya seekor makhluk landing di tengah jalanraya. Semua kenderaan menekan brek secara mengejut, termasuk akulah kan. Kami semua terpinga-pinga melihat makhluk setinggi KLCC itu di tengah jalanraya. Mukanya tak ubah macam T-Rex, badannye berwarna hijau, matanya kemerah-merahan, kukunya sangat tajam, bersayap macam naga dalam cerita dongeng. Kami semua ketakutan, makhluk itu memandang kami dengan jelingan yang daring sekali.

Tiba-tiba angin bertiup kencang, kami semua keluar dari kereta dan cuba untuk melarikan diri, sebab kereta semua dah kena block. Semua orang berada di dalam ketakutan, kabus tebal menyelubungi kami. Dari samar-samar kabus itu kami baru terperasan, tah dari mana munculnya...'ULTRAMAN!!!!'

Ultraman tersebut melawan makhluk pelik itu. Kami terpukau dengan aksi OngBak yang dilakukannya. Makhluk itu cuba melawan tetapi tidak berjaya. Kami bersorak melihat perlawanan tersebut sambil menyanyi lagu 'Kejor Yop Kejor' (apetah kaitan lagu ni ngan Ultraman?). Tiba-tiba kedengaran bunyi beep!beep!beep!, alamak Ultraman sudah menjadi lemah, Ultraman rebah mencium bumi. Makhluk itu seperti mendapat kekuatan baru, makhluk itu menggoncang-goncangkan kepalanya, air liurnya merembes ke sana sini...eeuuuwww!

Terasa sejuk muka ku..lorh, hujan renyai-renyai rupanya. 'Ces, lupa nak tutup cermin tingkap, heh boleh pulak aku berkhayal pepagi buta ni'.. aku pun meneruskan perjalanan ku ke Slim River dengan hati yang ceria..ye sangat ceria.. T_T'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s: please jangan marah aku... =P

Thursday, December 16, 2010

DIY Widget


Korang pernah buat widget sendiri tak? Pernah cuba? Nak cuba? Meh aku ajarkan nak? Widget yang aku maksudkan ni adalah widget seperti 'Welcome to My Blog'.. 'Jemput Masuk'..'Sila Follow Saya' dan banyak lagi macam yang korang boleh dapat secara free di internet tu. Ok aku bagitahu bagaimana caranya ya..

First sekali, korang cari gambar yang korang mahu jadikan widget contohnya macam aku, aku mahukan gambar LadyBird.

Contoh 1 :

Ok, kemudian edit sedikit gambar tersebut seperti yang korang mahukan..

Contoh 2 :
Selepas itu, tambahkan wording yang korang mahukan. Korang juga boleh menggunakan gambar lain untuk ditambah pada gambar yang telah korang edit tadi. Disarankan buat editing menggunakan Adobe Photoshop ye, dan jangan lupa save menggunakan .GIF dan interlace supaya tiada background pada gambar yang telah diedit.

Ini contoh yang telah aku buat.

Contoh 3 :
Menarik tak?hihi..

Ok after siap, setkan gambar pada saiz yang bersesuaian, seperti contoh yang aku gunakan : 250x250.

Selepas itu, korang kena save kan widget yang korang dah buat ke dalam photobucket. (aku suggest photobucket sebab aku tahu yang ni je..hehe) dan ambil direct link gambar yang telah korang save dalam photobucket tersebut.

Kemudian korang search widget free kat internet dan ambil coding yang digunakan. Edit sedikit dengan menggantikan link gambar yang digunakan dengan link gambar korang yang telah korang save sebentar tadi.(cara ni khas untuk orang macam aku yang tak pandai pasal coding sume tu... =P)

Letakkan coding yang sudah diedit tadi pada design template blog sepertimana korang letak coding untuk shoutbox dan macam-macam lagilah (aku tau korang pandai..so takyah explain lebih-lebih).

Dan 'save'....siap!! Sila lihat sebelah bawah blog aku, ada widget yang aku buat tadi kan? Kalau tak keluar itu maknanya ada masalah pada internet korang..hihi.

Kelebihan korang buat widget sendiri ni, korang boleh tulis dan letak apa sahaja gambar yang korang nak, contohnya macam widget pada blog lama aku ni..

Contoh lagi :
Siap ada gambar aku lagi..hehe..Ok, selamat mencuba.

p/s: sorry kalau penerangan aku tak cukup lengkap.

Tuesday, December 14, 2010

Pengalaman Hidup Aku Hingga 2010

'Saat yang bahagia, datang sekejap saja...'..korang penah dengar lagu ni? Hehe...aku bukan nak menyanyi kat sini, kalo korang dengar aku nyanyi pun sure korang leh muntah darah..hahaha!

Tiba-tiba aku terkenang kenangan-kenangan yang aku lalui dalam hidup ni. Korang pun mesti pernah ada kenangan manis dan yang tak berapa nak maniskan? Jom baca cerita aku....

  • masa zaman sekolah-sekolah dulu, sekolah rendah aku tak berapa nak best, aku suka masa sekolah menengah dekat Ipoh dan juga sekolah teknik dekat seri iskandar botey. Best sangat tau, masa kat sekolah dekat Ipoh aku ni pengawas, kira agak poyo lah sedikit kan...dengan tie nye, dengan skirt biru dan putihnya. Kiranya bila jadi pengawas ni menyerlah la sikit dari orang lain kan. Semua aktiviti aku nak join, orang main hoki aku nak main hoki, orang main bola tampar pun aku nak juga...macam-macam lah. Kemudian masa dekat sekolah teknik, pengalaman baru untuk aku sebab duduk asrama. Mula-mula tu tak best sebab asyik-asyik senior panggil buat perhimpunan haram. Bayangkan pekejadahnye kul 3 pagi duk berhimpun. Tapi bila aku dah jadi senior, aku taklah balas kat junior macam tu, kiranya aku ni senior yang baik lah kan..hahaha..Masa aku duk asrama ni, aku de sorang kawan baik yang suka ajak aku pegi skodeng, hehehe...masa ni mula dah unsur-unsur kegatalan, konon suka kat orang tu lah...orang ni lah...haish macam-macam hal lah yang kitorang buat. Tapi yang tak boleh aku lupa sekali bila first time nak kena pegang orang tengah histeria, gigil juga tangan aku, tapi pura-pura berani juga..takut hantu tu berkenan kat aku pulak..hehehe.
  • masa aku belajar dekat UiTM, aku ni banyak main. Suka jalan-jalan pegi cafe lah, jalan merata blok yang ada dengan geng-geng aku dan macam-macam lagi. Tapi kami ni bukan lah budak yang sosial, just suka jalan-jalan dalam UiTM tu. Tapi bila masa untuk study, kami rajin juga buat study group. Penah sekali tu, masa tengah study group, tiba-tiba kawan aku terdiam sebab dia nampak hantu melintas dekat pintu kelas yang kami duduk tu. Ape lagi lintang pukang le lari, aku pun tak pecaya aku boleh lari selaju tu, dalam masa beberapa minit je aku leh turun dari tingkat 3 ke bawah...hahaha! Masa kat UiTM ni agak banyak juga cabaran buat diri aku, pengalaman kena kejar dengan anjing masa dekat kampung orang asli, kena maki dengan lecturer, kena marah dan kena halau masa buat survey, macam-macam lagilah...tabah sungguh Miss LadyBird ni..hehehe..Tapi kadang tu bila aku terkenang balik, aku betul-betul rindukan zaman 3tahun aku belajar kat UiTM, rindu kawan-kawan dan suasana bilik kuliah...hurm.
  • lepas je aku habis UiTM aku terus kerja, untungnya menjadi aku sebab aku tak pernah merasa untuk menganggur. Alhamdulillah, start from bekerja as a supervisor untuk student survey, kemudian aku jadi fasilitator pergi ke kampung-kampung untuk program celik IT. Seronok sangat, masa ni aku belajar macamana nak berinteraksi dengan orang ramai. Setelah beberapa bulan, bermulalah kisah hidup aku yang terlampau banyak mengajar aku tentang kehidupan.
  • Aku berhijrah ke Kuala Lumpur dengan 3 lagi sahabat aku, kami bekerja di tempat yang sama, aku diberi tugas as a project manager associate, kami kerja kat sebuah company yang kalau aku sebut sure sume orang tahu so tak payah sebut..hehe. Kami tinggal serumah, rumah flat yang area bawahnya banyak tikus sebesar kucing (seriously kucing pun takut dengan tikus-tikus tu..)Kami tinggal di tingkat 13, tinggi woo....but from up there we have a very nice view..sangat cantik pemandangan KL pada waktu malam, dengan lampu dari KLCC, KL tower..masa tu ada lagi Eye On Malaysia..cantik sangat. Disinilah bermulanya aku belajar tentang dunia yang sebenarnya, yang kadang-kala boleh buat aku lupa diri. Kenal dengan manusia-manusia yang bertopengkan manusia. Tragik sungguh hidup aku masa tu..hihi. Tapi siapalah aku kalo takde pengalaman hidup semua ni kan. Tak sanggup aku nak lalui semua tu kembali, and if someone ask me to stay in KL again, my answer is 'NO'.
  • then after 2 years melalui hidup yang penuh pancaroba, Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yang lebih baik dimana aku bediri sekarang ni, dengan kehidupan yang lebih baik, dengan orang-orang yang lebih baik. Dalam erti kata lain, semuanya baik belakalah. Aku pun happy sekarang, takde serabut dengan masalah macam dulu. Dahi aku pun tak berkerut je, sekarang ni asyik tersenyum melayan kerenah kanak-kanak (dengan harapan aku jadi awet muda dan sentiasa comel macam budak-budak ni..heheheh). Kini hidup aku tertumpu pada beberapa matlamat je, dan aku juga sedang belajar bahawa dalam kehidupan, kita mesti menyayangi diri kita dahulu sebelum kita mahu menyayangi diri orang lain.
Sebenarnya aku bukan saja-saja menulis semua kenangan ni, it just to remind me about what i have done since i know what the meaning of the real life until now. Aku berharap pada tahun baru yang akan datang ni, semuanya menjadi lebih baik. Dan apa yang aku rancangkan dan inginkan menjadi kenyataan. Amin......

Monday, December 13, 2010

Hari Isnin

Dalam banyak-banyak hari, hari Isnin lah hari yang paling aku tak gemor (loghat perak ye..). Sebabnya inilah hari dimana bermula kembali semua kerja. Kena buat itu ini, rancang balik apa yang nak dibuat sepanjang minggu tersebut dan bermacam lagi.

Isnin oh Isnin..kenapa nama ko Isnin..cukup malas nak pergi kerja di pagi Isnin. Tapi agak rajin kalau Isnin tersebut adalah hari dimana boleh pergi bank untuk jolok duit gaji..hahaha..sangat tak sopan!

Kalau di zaman sekolah dulu, aku sangat suka hari Isnin. Sebab Isnin ada perhimpunan pagi. Boleh dengar cikgu merepek kat stage, boleh gelak-gelak tengok orang tersengguk-sengguk tido..boleh pakai baju KRS (kadet remaja sekolah) sebab berseluar so macam best lah kan bagi aku yang tiap-tiap hari berbaju kurung..


Hari ni pun hari Isnin, tapi aku demam...aku tetap pergi keja walaupun demam. Sila berperasangka baik pada aku ye..aku bukan pura-pura rajin, tapi dah kenyataannya aku memang rajin. Look, aku update blog dikala demam...hahaha! Nape lah aku demam harini ye..maybe sebab aku rindu mak abah aku kot..kucing2..dan Mr. LadyBird Booboo..hihihi..dasar gatal..

Cepat lah hari Jumaat...aku rindu nak balik Ipoh.. :(





Friday, December 10, 2010

Third LadyBird Touch

Dalam semua hasil kerja yang aku buat, masing-masing ada pengalaman yang berbeza, yelah aku ni kan baru je lagi, tak banyak job pulak tu. Sebabnya ini bukan kerja utama aku, orang kata aku ni freelance photographer yang tak bertauliah...hehe..main redah je. Ape pun boleh..!

Untuk hasil kerja yang ke tiga ni, pengantin ni orang Selama juga, tapi sesi photography ni diadakan dekat Taman Tasik Taiping. First time tau aku buat outdoor photography. So tanpa sebarang basic dan cuma berpandukan apa yang aku baca dekat tutorial..(seminggu aku jadi budak rajin membaca tutorial..haha). Aku redah je apa yang boleh, masa ni aku bertemankan kawan aku yang tak henti-henti membebel bengang kat pengantin..hahaha. Anyway thanks ye Cik Nemo sebab sudi meneman diri patik ini.

Pengantin kali ni ada 3 persalinan, first warna oren, second purple dan last gaun putih. Ok pengalaman ye, masa ni aku banyak belajar main dengan ISO. Kemudian cari port yang menarik, fikir gaya-gaya yang menarik, sebab pengantin ni totally bergantung kepada aku untuk bergaya so takpelah, kira mereka sudi untuk di dera lah kan. Tengok-tengoklah hasil kerja aku yang tak seberapa ni... =)

Aku suka sangat background ni.


Ray of light yang tak berapa nak jadi..hahaha


Nampak tak itik kayuh kat belakang tu??


Panas ek?kesian.....


Aku suruh guling macam dalam cerita hindustan die tanak...hehe


Tak bape nak jadi sebab aku tak cukup tinggi... T_T


Ray of light yang original..aku tak edit..cantik kan?



p/s: aku suka Tepen!

Wednesday, December 8, 2010

Kata Hati

Bukan untuk dikasihani atau mendapat perhatian
Cuma luahan hati tatkala rasa dipinggirkan

Siapa aku untuk mengisi ruang kekosongan itu
Siapa aku untuk dikenang setiap waktu

Saban waktu bila terkenang hati menangis

Saban waktu bila terkenang rasa terguris

Kadangkala datang kemahuan itu
Pastinya aku pilu

Lagak mereka aku amati
Terasa kemahuan itu didalam hati

Tetapi siapa aku untuk mendapat setiap kemahuan itu
Siapa aku untuk kemahuanku dituruti

Layakkah aku?
Adakah yang sudi?


Harapanku akan ada pelangi selepas hujan

Kerana aku disini sentiasa menanti segala jawapan



p/s: takde kena mengena dengan sesiapa pun, cuma sebuah tulisan.

Second LadyBird Touch

Dah seminggu kot aku tak update blog ni, berikutan sedikit masalah pada netbook dan internet aku, tak tau lah kenapa. Pening kepala teman memikiornye, tak cukup ngan kepala aku, aku suruh cyg aku memikiornye same..hahaha! Cukup-cukup, sedikit introduction yang sengal. Cerita sikitlah ye, dulu aku selalu gunakan nama ain art work dalam setiap kerja aku, kira macam branding lah. Tapi sekarang cuma ain sahaja kot. Hehe branding tu taklah penting sangat kan, yang paling penting hasil kerja yang aku keluarkan.

Ok, now aku nak tunjukkan hasil kerja aku yang kedua. Nama pengantin kali ni aku ingat,hehe...kak Tini dan juga suaminya Amin. Diorang ni ok lah, senang untuk aku bekerjasama, rela dan ikut apa saja yang aku suruh diorang buat. Temanya warna ungu, cantik juga. Lokasi kenduri ni di Selama Perak, agak jauh nak masuk ke dalam, tapi yang bestnya kawasan rumah dia terletak berdekatan dengan sungai, cantik tau. Akak ni cuma nak aku ambil gambar dan buat sticky album, jadi taklah banyak keja editing yang aku perlu buat, cuma repair sikit-sikit sahaja yang mana perlu. Aku ni taklah pandai ambil gambar sangat, silalah sudi-sudi melihat hasil kerja aku ni ya..

Adik dia kata bibir dia macam Angelina Jolie..hihi~

Mak andam tu kawan aku, masa ni dia dah 8 bulan nak masuk
9 bulan kandungan babynye.


Posinglah kak oi...hihi

Senyum.... =)

Pelamin warna ungu dan gold, cantik juga kan?


p/s: Kenapa tak boleh letak ganbar lebih dari 5 keping ek? Rasanya blog aku yang dulu banyak je gambar dalam 1 posting...Aiyak!




Friday, December 3, 2010

Video Dunia Akhir Zaman

Harini, seseorang bagitau aku pasal video ni. So today aku link kan ke sini untuk renungan kita bersama.






Apa pendapat anda?

Wednesday, December 1, 2010

Ada Kerja Tak Buat Kerja

Hahaha..tah apa-apa je tajuk en3 aku ni. Tapi ianya amat bersesuaian dengan situasi aku sekarang ni. Ada kerja tapi aku tangguhkan dulu sebab bosan tahap gaban! Ok, apa yang menarik harini?

Harini dah masuk bulan Disember, 1 Disember 2010.

Harini juga orang-orang gomen dapat bonus RM500. Termasuklah juga aku..hahaha! Mekasih ye kerajaan Malaysia yang kucintai.

Harini baru aku teringat, Jumaat ni 3 Disember, genaplah setahun aku bekerja kat sekolah ni. Genap setahun menjadi pekerja kerajaan.

Harini juga aku terkenang balik apa yang pernah berlaku sepanjang tahun 2010 ni. Banyak sad story..uhuhuk..

Harini genap setahun aku tinggalkan KL.. =(

Harini dah 6 bulan lebih perkenalan kami..takde exactly date, yang penting kami bahagia..=D

Harini
bank start potong gaji aku!yait!

Harini aku nak makan ayam goreng kat simpang nak masuk umah aku..hahaha..sedap tau..

Harini niat nak main badminton kalau tak hujan.

Harini terfikir cuti aku dah approve ke belum.

Harini terfikir malam ni perlu ke aku menambah en3 baru?

Oh ye, paling penting..harini aku terfikir, lagi 3 bulan je aku nak masuk 25 tahun
!


p/s: gambar ni langsung takde kena mengena dengan en3 diatas, cuma nak tunjukkan..budak ni comel macam aku kecik-kecik dulu..hahaha!

Tuesday, November 30, 2010

First Ladybird Touch

Hokey, now i'm gonna show you all...'My First Touch'. Inilah hasil kerja aku yang pertama. Mak gigil nyah! hehehe...Seriously memang gigil habis waktu tu, yelah dalam otak aku ni asyik fikir kalau-kalau tetiba je aku pengsan ke, kamera not functioning well ke, file corrupt ke..wah sangat takut ok. Dah lah aku ni memang takde basic langsung ambil gambar untuk wedding, kalau suka-suka banyaklah. So disinilah segalanya bermula, my first customer ni dari Selama Perak. Jauh weh, lama juga perjalanan nak kesana. Dalam takut-takut tu aku excited lah juga sebab first experience kan. Aku dah lupalah nama pengantin ni, haish banyak makan semut!

Masa ni aku risau sangat, sebab aku masih tak pandai nak bermain dengan flash, menyesuaikan ISO dengan cahaya yang ada, dan macam-macam lagilah. Pada malam nikahnya dibuat dimasjid, oleh sebab pengalaman pertama so aku agak segan nak memintas depan orang untuk ambil gambar secara dekat dengan pengantin. Mak i tak ajar pintas lalu lalang depan orang tua hokey! Lagi segan sebab aku perempuan, lalu lalang depan pakcik makcik, adoyai lemah lutut aku. Tapi aku cuba juga buat yang terbaik. Esoknya pula, hari bersanding, naik risau aku bila aku tengok pelamin die kat luar rumah, kawasan nak ambil gambar pun agak sempit, hujan pulak tu! Mulalah pikir mana aku nak mencelah cari angle untuk shoot gambar. By the way, finally siap juga semuanya. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan lancar.

Untuk customer ni, aku ada buat custom album. Aku rasa custom album itu sangat huduh. Kadang tu timbul juga rasa menyesal dan bersalah kat pengantin tu. Tak tahulah apa yang diorang katakan. Anyway i learn something from this. So now aku sajikan korang dengan gambar-gambar hasil kerja aku yang pertama, 'My First Touch'.


Ok thanks sebab senyum..haha!

Aku rasa background ni tak sesuai untuk gambar ni kan? Tapi kenapa waktu aku buat tu aku rasa macam cantik je.. ~_~'

Kalau korang perasan background nia ada kat tv, iklan apa tah aku tak ingat!

Main tepek je.... -_-'

Sekian, terima kasih =P


Monday, November 29, 2010

Kamera dan Software

Sebelum aku tunjukkan hasil kerja aku, aku nak cerita pasal kamera dan software yang aku gunakan . Untuk ambil gambar semua ni, aku gunakan Sony Alpha a230. Murah je, gambar pun taklah sebaik kualiti yang datang dari kamera Nikon, Canon dan juga Alpha series yang lebih baik dari ni. Niat dihati nak juga angkat kamera-kamera yang bagus, tapi ini pun dah memadai pada aku atas sebab-sebab tertentu =P . Ok berbalik kepada kamera a230 aku ni, ianya ringan je, cuma 10.2 megapixel. Function yang ada pun simple, sesuai untuk beginner macam aku ni. Aku takde lah pula ambil kursus kat mana-mana, just belajar sendiri dari free tutorial kat web. Tapi kadangkala mendatangkan masalah juga bila nak memahami sesuatu yang agak rumit tentang penggunaan kamera ni. Dalam erti kata lain, kena rajin search dan cari infolah. Nilah kamera yang aku gunakan.

Selain dari ambil gambar, aku juga edit segala gambar yang aku ambil ni. Kebanyakannya aku gunakan Adobe Photoshop CS3. Sebab aku rasa aku lebih kreatif bila menggunakan PS ni...muahaha perasan! Penggunaan Adobe Photoshop pun aku belajar sendiri dari tutorial yang ada kat web, jadi kepada sesiapa yang nak belajar tu silalah rajin-rajin search tutorial. Dan sesiapa yang dah mahir tu bolehleh memberi tunjuk ajar ye. Tapi, kadangkala bila datang penyakit 'M', aku akan gunakan Picnik (http://www.picnik.com). Sangat mudah dan menarik tau, semuanya dah tersedia, cuma pilih dan click sahaja. Selain dari yang aku perkatakan ni, ada juga cara lain nak edit gambar, macam yang ramai orang dah tahu, Picasa..Adobe Illustrator..Lightroom dan sebagainya. Kepada yang suka edit-edit gambar tu, bolehlah berkongsi-kongsi idea atau tutorial yang best kat web ye.. :)

Thursday, November 25, 2010

Yes berjaya!

Apa yang berjayanya ya..poyo je haku. Dah lama aku tak mengarut kat dalam blog, so now aku teringin lah nak berblog kembali. But this time lebih kepada meletak hasil kerja aku untuk rujukan aku dan juga orang-orang yang mungkin berminat(konon ada peminat)..hak..hak..hak! It just a simple blog with my story, feeling, opinion dan macam-macam lagi. So if ada orang yang terbuka dan terbaca blog ni. Terima kasih diucapkan lah ya. Dan silalah tanpa segan silu meninggalkan komen setelah habis membaca ya, lagi-lagi komen-komen yang membina, lagilah dialu-alukan. Again, terimas!