Wednesday, September 17, 2014

Tokey Henna Ipoh

Assalamualaikum, hai semua...
Buat pengetahuan tetamu blog ni...ini merupakan officially blog untuk tuan punya Tokey Henna Ipoh..so kalau kata tetiba kerajaan Malaysia block rakyat Malaysia dari menggunakan Facebook....So boleh la cari saya kat sini ye 😊

Atau juga boleh terus sms/ whatsapp/ wechat saya 

Tokey Henna Ipoh





Wednesday, April 30, 2014

Raikan Cinta

Hey!!! pekabo? eksited aku nak cite kat korang...hahaha
Korang tengok tak Raikan Cinta Episod Dato Vida Beauty?
Huhu ada perasan tak muka i....hehe
Ala ada la selit2 masa segmen melukis inai..tapi aku tak expose lebih sebab aku tak jadi penginai utama yang inai Dato walaupun sepatutnya aku yang jadi, tapi aku bagi kat dia...hehehe ada la cerita disebaliknya....oops!
 
ha ni gambar yang kawan aku snap kat tv...rajin dia tao...aku pun tak teringat nak amik gambar or rakam...apa punya turrr...


blurr sikit tapi jadi le buat kenangan kan....thanks kak anem!!

ok dan ni beberapa gambar suami aku amik masa rakaman raikan cinta dari koleksi 


Proses menginai keluarga dan staf 
 

Ha tuuu nampak tak pengantinnya...putih betol kulitnya....wuwuwu
 

Inaikan tangan orang kuat Dato'
 

Majlis ni dalam office tau...
 

Lukis lagi...
 

Haaa....nampak tak....itulah team raikan cinta, aku ingat shooting nak kena ada berpoloh orang pegang kamera ke hape...ni dua orang je...hehe tapi diorang memang best...tak caye tengoklah hasil kerja diorang dalam raikan cinta....hehe
 

Fokus2....
 

Fokus makcik...fokus....
 

lalalala...
 
 
Eh aku yang mana?? Heheh...yang tudung hitam tu le.....hehe
k bye!

Saturday, March 8, 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!


Makin meningkat usia makin tak matang pulak aku rasa...hahaha
i'm 28th now...waaa umur da banyak tu...anak takde lagi ni..cemana??? korang doa doa kan aku ye, nak sangat cepat cepat dapat baby..... T_T

Tuesday, November 26, 2013

Selamat Bulan November =P

Hai semua, lamanya aku tak hapdet blog ni…berabuk sudaaaa….Almaklumlah, sejak jadi bini orang ni, sibuk memanjang…hehe
Korang nak tau tak, hati aku ni dah lega sesangat, syukur sesangat dah selesai tugas untuk tahun 2013 walaupun tahunnya tak berakhir lagi..
Selesai segala penyeksaan, hahaha...Ni semua gara-gara anak-anak prasekolah aku tahun ni yang sangat lah susah untuk aku bela, puncanya sebab mak bapak budak sekarang terlampau manjakan anak, sampai datang sekolah attack cikgu...ish3..
Kesian...salah ke kita ajar anak orang dengan cara yang tegas? Tah la, seingat akulah...masa aku tadika dan sekolah dulu cikgu semua garang-garang, rotan, cubit...tapi taklah pula aku nak mengadu dengan mak abah aku...aku ok je...kalo mengadu pun, mak abah aku takdenya nak marah cikgu tulah...
Gitu lah, zaman dah berubah...dan tengoklah hasilnya sekarang, banyak masalah sosial remaja...tak tau lah apa nak jadi...risau aku bila fikirkan balik, cemana anak-anak aku nanti??

.............................................................................................................................

Eh sudahlah aku membebel..hahaha, ok sekarang ni musim orang kawen kan...so Alhamdulillah permintaan dan tempahan sangatlah memberangsangkan....boleh kata tiap minggu aku pi menginai pengantin dan sambil tu minum-minum teh kat umah orang..hehehe...
Untuk sesiapa yang berminat dan tengah mencari-cari pelukis inai profesional, haaaa mungkin anda dah jumpa orangnya disini...hahaha
Tapi  perkhidmatan berinai ni hanya untuk kawasan negeri perak...yang aku boleh capai setakat ni kawasan Batu Gajah, Ipoh, Bota, Kampar, Tapah, Taiping, Kuala Kangsar, Beruas, Lumut, Teluk Intan dan kawasan yang sekitar dengannya...
Untuk tempahan boleh call atau sms saje di no.. 

013-533 2781

atau boleh like page kami di sini...


haa....kat tepi ni pon ade...bleh klik je kalau nak tengok gambar-gambar customer yang dah pun menggunakan khidmat kami...

Dibawah ni sedikit gambar-gambar hasil kerja seni kami :)





p/s :: haaaaa.....copy ek??sila kredit ke blog comel ni ye....hehe

Monday, June 3, 2013

Braces dah tak ada..uhuhuk...

 Hai semua! Dah lama tak hupdate pasal braces kan....
Harini aku nak mengumumkan yang aku dah pun tanggalkan braces...sedey, lebih kurang setahun lebih pakai braces now hidupku tanpa dawai dawai besi itu lagi...ahaks!
Proses nak tanggalkan tu, masyaAllah sakit tahu, aku tanak cite nanti korang yang guna braces ketakutan...ahaha..

Okeh now aku dah guna retainer, buat orang yang guna braces..mesti dah sedia tahu yang selepas kita guna braces, kita akan jalani proses penggunaan retainer kan..retainer ni banyak jenis, ada yang namanya Hawley yang besinya di luar, retainer kekal yang besinya kekal di bahagian dalam, dan juga retainer Essix yang transparent...

Untuk aku, doc bagi aku guna Essix, katanya lebih selesa berbanding yang lain, senang dicuci, yang penting sekali, ianya transparent..memang orang takkan perasan bila pakai essix ni..

Bagi aku, semua retainer ni tak selesa...hahaha...okeh sebab hawley dia ada lelangit atasnya...sila google ye..hihi...so mengikut apa yang aku baca di intenet, hawley ni akan timbulkan rasa gatal gatal dalam mulut, manakala retainer kekal pula dia lekatkan belakang gigi, so susah untuk kita berus gigi, kemudia pastinya akan ganggu lidah kita...Essix pula, memula aku pakai tu tetiba jadi pelat, tak boleh nak sebut 's' dengan betul...hahaha...essix juga agak mengganggu lidah sebab getah tepi tepi tu macam tajam sikit so aku rasa lidah aku belah tepi dah sedikit melecet..huuu...Tapi..yang bagusnya, orang tak perasan pun aku pakai retainer, dan senang buka n senang nak cuci tau..

Meh nak tayang sikit gambar gigi baru aku bersama baju barunya...hahaha

 Cantik tak gigi aku tu...wah glowing semacam heh!
hahahaha

Okeh ini tanpa retainer ye...

dan....


 Taraaaa......ni dengan retainer Essix..nampak tak lapisan retainer tu??

Dan inilah retainernya...it's Essix!!
Macam kaca kan...tapi sebenarnya getah keras, boleh patah kalau tak berhati hati, 
doc kata kalau patah RM100 untuk buat sebatang ye...takde subsidi doh katenya..uhuhuk!



Untuk semua pemakai braces...bergembiralah dulu dengan braces yang korang guna ye, sebabnya nanti korang pasti rindu nak main main lidah kat besi besi dalam gigi tu...huuuu     T_T

Friday, April 26, 2013

Share

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Silakan SHARE

-yk-
^_^



p/s: untunglah....